BAJU RAYA SIMPLE DAN MENARIK  

Assalamualaikum readers!  Ha! Dah ready ke untuk bergaya tampil cantik lagi menarik pada Raya tahun ni? Dengar cerita ramai yang tengah survey dan google style untuk digayakan pada Raya kali ini? Yes, Raya tahun ni mesti nampak simple tapi masih kekal menarik! Hehe.

 Sebenarnya tak payah tunggu last minit pun okay, sekarang pun da boleh start survey dah betul tak? lewat sangat nanti kalau kelam kabut pula nak mencari. Dengar dengar cerita, ramai Tailor dah mula tutup order sebab banyak sangat permintaan taw.. Tapi jangan risau, MyBaju gerenti boleh tolong punyalah! So mari kita lihat antara koleksi pakaian yang sesuai digayakan semasa lebaran 2017 ini!

Check it out!

Inginkan rekaan yang simple tetapi masih kelihatan berketerampilan?

YES! HARUSLAH!



pinterest

Tahukah ada, pemilihan warna yang sesuai memainkan peranan yang sangat penting ? lebih lebih lagi untuk dipadankan dengan acara ataupun perayaan tertentu seperti hari Raya. Pada pendapat admin apabila kita ingin menggayakan sesuatu pakaian, confident itu adalah penting! Kalau tak confident nak jalan pun segan silu, so sebab tu la bila orang lain tengok kita bergaya mereka akan berasa pelik dan kata “eh lokek, tak sesuai la, buruk la,” dan sebagainya. Ignorekan sahaja kata-kata mereka! Yes, abaikan saja komen yang negatif dan ambil yang positif. Bagi admin, adalah lebih sesuai sekiranya kita cuba kurangkan design yang sarat dan tampil dengan style yang ringkas. Ringkas di sini dapat dimaksudkan dengan corak yang tidak terlalu sarat dan mempunyai padanan warna yang pelbagai. Insyallah apabila ditambah dengan padanan aksesori yang sesuai ia mampu menampakkan keanggunan si pemakai.

 

Pakaian yang simple ini sesuai dipakai semasa ziarah menziarahi sanak saudara. Ya ampun cakap pasal sanak saudara ni boleh semput dibuatnya,.. memang ramai yang ingin kita ziarahi terutamanya di Hari Raya… tu saudara tak masuk lagi rumah kawan kawan , jiran tetangga, FUHH. mahu berpeluh seharian,payah..payah. so lebih ringkas pakaian kita adalah lagi elok.. Nak pakai seharian pun okay taw sebab confirm punyalah tak rimas! Hehe. dan yang paling penting bukan setakat Hari Raya je boleh digunakan nak pakai ke kelas ke, kerja, kenduri kahwin atau mana mana pun boleh. Boleh repeat banyak kali! Bukan sekadar beli 1 baju untuk pakai 1 masa sahaja… Itu pendapat admin ler. Siapa setuju, Sip sikit! *highfive*


pinterest

 

pinterest

 

Elegan tak?  Ye, sangat simple tapi tetap elegan.  Biar tak menjolok mata, asal cocok di hati. Gituw!  Itulah keistimewaan gadis melayu, pakai apa pun biar simple dan elegan. Sebagai contoh suri hati semua rakyat Malaysia, cik Neelofa yang sentiasa mencerminkan kesederhanaan apabila mengenakan pakaian dan tudung tapi tetap kelihatan vogue! Kerlass uollz!

 

Okay last but not least, kepada semua yang nak tempah baju dan mencari tailor yang sesuai, haa meh meh jemput tempah di my-baju.net untuk baju Raya yang anda inginkan. Kelebihan membuat tempahan baju ini umum mengetahui bahawa pakaian yang ditempah akan disesuaikan mengikut ukuran badan individu. Jadi takkan ada lagi masalah-masalah bagi pemilihan saiz untuk pakaian. Insyallah no problem, tailor di MyBaju dapat memenuhi semua permintaan anda!  Terbaik!
Sehingga bertemu lagi di ruangan seterusnya..till then, take care!