Baru-baru ni heboh netizen memperkatakan tentang baju kahwin Anzalna yang super duper cantik..Bukan sekadar cantik je tapi begitu anggun serta menyerlahkan kecantikan dan kehalusan hasil tangan pereka baju tersebut..Hasil tangan pereka baju memang dikatakan sangat superb sehingga susah nak nampak sebarang cacat cela pada baju tersebut..gaun pengantin tersebut direka oleh Teuku Putra Aziz Cosry (Instagram : @putraaziz_cosry) seorang pereka yang telah menempah nama di dalam bidang rekaan fesyen di dalam dan luar negara. Ia dihasilkan dengan penuh ketelitian bermula dari idea yang tak terfikir oleh kebanyakan orang..Busana pengantin tersebut diilhamkan dari Barbie Mariposa, iaitu pari-pari rama-rama yang sangat cantik dengan gaun-gaunnya yang dihasilkan daripada sayapnya sendiri. Sayap Barbie Mariposa ni apabila diturunkan akan menjadi gaun kembang seperti kelopak bunga..Di penghujung jalan cerita, gaun Barbie Mariposa akan transform menjadi warna orange dan pink yang sangat cantik..Sesiapa yang suka tengok citer Barbie,mesti kenal dengan watak Mariposa ni..Untuk saya yang hanya tengok rancangan Korea, memang tak kenal lansung la..Even nama Mariposa ni pun first time tau bila baca instagram Anzalna tentang ilham baju kahwin dia..hehe.. Apa pun, busana tersebut memang menarik dengan material handpainted silk dihiasi dengan swarovski glittered oleh @gerekitualia dan @ijartemir.Warna busana tersebut juga sesuai dengan tema warna tahun ni, ala-ala Rose Quartz dan Serenity..Memang betul-betul mengikut trend..Dengar cerita,ada orang dari Arab Saudi yang nak beli baju kahwin Anzalna ni dengan harga USD 25 000 bersamaan dengan RM1 02 537.50..wow..tahniah kepada pereka pakaian tersebut kerana berjaya mencipta busana yang begitu hebat..
Itu cerita tentang Anzalna..Bagaimana pula dengan anda sekalian wahai bekas pengantin dan bakal pengantin?hehe..Bagi kebanyakkan kita lebih menggemari busana pengantin yang lebih sederhana di mana penggunaan satu warna iaitu putih atau cream adalah warna pilihan yang kerap digunakan terutamanya pada hari pernikahan..Mungkin kerana nature warna putih itu melambangkan kesucian,jadi ia menjadi warna sinonim buat pengantin..Secara jujurnya, saya sendiri lebih menggemari baju kahwin berwarna putih gara-gara imaginasi pakaian pengantin kerabat diraja Barat..Budget-budget boleh jadi cun macam diorang la..hehe..apa salahnya berangan..bukan kena bayar duit pun.
Apa yang saya selalu perhatikan, fesyen busana pengantin kini mengamalkan trend yang sama iaitu penggunaan material satin,net dan lace dan bagi hiasan pula lebih menitikberatkan penggunaan manik yang dijahit di atas lace..Bila nak diceritakan tentang manik ni,saya pernah ada pengalaman menjahit manik pada baju pengantin..fuh..memang mencabar betul..dari segi idea untuk menghasilkan corak manik pada baju dah buat saya migrain berhari-hari..bila mula menjahit,memang akan buat pinggang rasa nak terpeleot..haha..itu tak citer bab mata yang makin menjadi rabun..apa taknya,manik tu halus bebeno..huhu..sebenarnya mata rabun sebab umur dah makin tua..ada hati nak salahkan si manik..Apa pun baru la saya tahu kenapa harga baju pengantin mahal yang amat..memang padan la dengan usaha untuk menghasilkan sehelai busana tersebut..Makan masa dan tenaga yang banyak juga la untuk nak hasilkan sehelai baju pengantin yang sempurna..Setiap inci pakaian tersebut dihasilkan dengan ketelitian dan usaha yang tak putus-putus..So, jangan la korang wat muka terkejut pulak bila gi butik pengantin,sehelai baju bleh cecah ribu-riban ye..Memang patut pun harga camtu..kalo tak caya,cuba try tengok rancangan “Say yes to the dress” dekat channel Astro..baju cantik kemain..bila bagitau harga,telan air liur je la..hehe..mahal tak ingat..apa pun,tepuk dada tanya selera..sekarang ni dah macam-macam pilihan busana pengantin yang ada..nak yang mahal ada..nak yang murah ada..kalau nak murah dan simple,bleh pakai jubah dan hiaskan dengan veil..cantik juga sebab adik saya pun pakai jubah pada hari resepsi beliau..dia touch up sikit baju dengan batu Swarovski yang sebiji 80 sen tu,pergh..bleh tahan juga cantik..nampak simple tapi bila letak je veil atas kepala,terserlah elegance seorang pengantin..Pilihan anda pula bagaimana?Share la ye..ok..Jumpa lagi..
Comments are closed.