Hai para penggemar fesyen sekalian.   Tahukah anda di era moden dan fashionista ini telah kembali juga zaman fesyen yang terdahulu.  Haa,  pasti unikkan bila digabung dengan fesyen zaman rock and roll, denim dan selainnya dengan fesyen maju zaman sekarang.   Anda suka ke dengan campuran fesyen  ini?  Tahukah anda keunikkan dia bila menggayakannya?  Haa, ayuh kita tengok padanan fesyen yang campur aduk dengan gaya dahulu dan kini.

 

Okay, fesyen ini dipanggil topi dizaman 80 an tau.  Haa zaman dahulu tu sememangnya ramai orang akan memakai topi cantik ini untuk kehormatan di sesuatu tempat.  Bagi mereka yang mahukan kelihatan sopan dan mahal, adalah lebih elok jika menggenakan fesyen bertopi ini. Ianya membuatkan anda kelihatan anggun dan classy.

 

m.oasap.com

 

Okay gaiss! nampakkan disitu ada tie warna hitam?  Haaa, untuk di zaman lama pula mereka akan menggenakan tie yang sangat loose tak kisah dari segi warna tau.  Sejenis fesyen ini tetap diteruskan dan diungkit dizaman serba baru ini.  Wanita yang menggayakannya kebanyakannya untuk ke urusan pejabat.   Anda perlu mencubanya sekali sekala untuk kelihatan cantik dan mempersonakan di tempat anda. hehehehe.

 

Selepas itu pula mari kita lihat dengan gayaan seperti ala 70 an pula ya.

 

pinterest.com

 

Pasti anda tak percaya kan ini adalah zaman 70 an punya stail.  Haaa memang ini lah dia , tetapi telah ditambah dengan jaket yang serupa kardigen labuh untuk membuatkan anda kelihatan tinggi.   Hal ini kerana zaman 70 an sangatlah memerlukan jaket yang labuh untuk kelihatan tertutup.   Diera zaman moden pula mereka menambahkan shawl untuk wanita bermuslimah dan selainnya yang mahu ditambah.  Cantikkan? fesyen seperti ini akan membuatkan anda kelihatan anggun dan bergaya.

 

Untuk yang lain pula, anda boleh juga mencuba fesyen seperti ini.

 

pinterest.com

 

Haa,  fesyen dahulu  selalunya digayakan dengan kasut sejenis boot dan berseluar straight lines tanpa ada mengikut kaki.  Ttetapi zaman sekarang kebanyakan mereka menggayakan palazzo sahaja tau.  Untuk bertemu dengan orang yang menggayakan seperti diatas ini kebiasaannya anda boleh lihat apabila mereka di pejabat.  Kerana seluar diatas adalah sejenis kain slack.  Untuk wanita muslimah pula, anda tnoleh sahaja menggayakan fesyen seperti diatas ini tau.

 

Seterusnya pula, jum kita tengok pula mengenai batik.  Hu, pasti anda semua membayangkan mak mak dirumah terngah memasak dengan berkain batik.   Wauu awak-awak semua!  kain batik zaman sekarang ini boleh digunakan menjadi pelbagai fesyen tau.  Tidak kira dari kain printed mahupun kain batik original.

 

dream.co.id

 

Haa, cantikkan?  Zaman serba ,oden ini ramai yang bergaya dengan batik.  Corak batik juga esuai untuk dibuat dengan fesyen dress dan baju kurung.  Selain itu juga, batik sangat molek dipadan dengan kebaya mahupun baju selainnya.

 

my.carousell.com

Okay cantikkan!  fesyen batik ini adalah tradisi melayu tau.  Tapi apabila dimajukan dengan gubahan pelbagai fesyen ianya amat menarik dan cantik. Huhuhu.  Harga dipasaran juga akan meningkat naik kerana permintaan tinggi oleh orang ramai.

 

Ini pula sememangnya asli kain batik dari fesyen diatas.  Anda si wanita akan kelihatan sangat klasik, cantik dan ayu apabila menggayakan kebaya batik seperti ini.   Secara automatiknya kita akan kembalikan memori zaman lama dahulu kepada hari ini.

 

Anda sukakan denim?  okay, denim juga adalah fesyen di zaman 80 an yang waktu itu sangat popular tau.   Pada waktu itu juga denim hanya digayakan dari golongan atasan dan barisan artis sahaja.  Tetapi  sekarang dizaman moden ini semua barisan boleh memakainya.  Hebatkan?  haa ini lah dia contoh denim popular di masa kini.

 

kunjer.com

 

Kemeja juga ada yang denim tau sekarang ini.  Begitu juga dengan jaket dan seluar palazzo denim yang digayakan oleh wanita dibawah ini.

 

bukalapak.com

 

Ianyasangat cantik apabila digayakan dengan betul.  Anda pula haruslah mempunyai keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru.  Mana tahu sesuatu yang baru itu sangat mengubahkan hidup anda menjadi lebih baik.

 

facetofeet.com

Lihat lah ini, wanita diatas ini memakai gayaan ala 80 an dari segi denim melalui jaket dan seluar.  Selain itu dia menambahkan skarf  dikepalanya serta tambahan cermin mata bulat dan keduanya adalah melalui zaman 90 an dan dibawa pula ke zaman moden seperti sekarang.  Ianya nampak agak bergaya, sassy, dan sangat cantik.

 

Ya, cantikkan semua fesyen campuran dari dulu sampai terbawa ke hari ini.  Wanita yang anggun, anda perlu mencuba juga salah satu fesyen diatas jika anda berani dan lihatlah apa yang terjadi.  Anda pasti sama dengan fashionista berani yang lain.  Malah orang yang melihat anda akan turut ikuti perkembangan anda berfesyen melalui laman sosial mahupun didepan mata sendiri.   Jangan risau dengan wanita bertudung.  Anda tentu tahu untuk menggayakan fesyen tersebut dengan bertudung.  Jangan pula dicabut tudung anda pula ya! huhuhu.  Baiklah itu sahaja perungkapan untuk fesyen lama yang bercampuran sehingga popular dan trendy di masa kini.  Jumpa lagi~~