Hai semua pembaca yang dikasihi. Adakah anda tahu memadankan pakaian busana anda dengan warna yang sesuai? Terkadang padanan warna itu nampak sesuai pada kita tetapi tidak pada orang lain tau. Jadinya apabila ditegur pasti malu jika ternyata warna fesyen yang kita gayakan ternyata tidak memadai apa yang sepatutnya diacukan. Tetapi pentingkah padanan warna untuk penggayaan fesyen untuk zaman moden ini ye. Huhuhu. Jadinya tunggu apa lagi? scroll lah bawah ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang padanan warna untuk fesyen terkini. Selamat bergembira!
Padanan Warna Pastel
Warna yang lembut dari pastel ini seringkali menjadi pilihan wanita yang mahukan kelembutan pada fesyen. Seperti ala-ala warna kapur, wanita yang memakainya akan nampak sangat ayu dan sopan. Tidak kira dari segi gaya baju yang dipakai. Untuk memilih fesyen agak mudah tetapi seringkali juga kita mendengar tentang memilih warna yang sesuai untuk sut yang ingin dipakai.
Untuk warna pastel, tidak sesuai untuk pakaian yang polos dan longgar? tanggapan anda salah tau. Pemakaian yang jenis longgar sangat sesuai untuk padanan warna yang pastel. Warna pastel seperti peach, hijau lembut, biru lembut dan warna yang tenang sangat sesuai untuk pemakaian yang seperti santai. Kebiasaannya wanita yang memilih warna pastel sangat mudah untuk berfesyen. Warna pastel tidak kira dari segi gayaan apapun, Ianya tetap sangat feminin dan cantik dengan pemakaian seperti skirt labuh dan kemeja yang di tuck in.
Ha! Ini pula contoh lain bagi pastel dengan baju yang polos dan longgar. Cantik kan! Warna pastel ungu yang kembut membuatkan seseorang itu kelihatan sangat feminin dan anggun sahaja. Anda pula bagaimana? cubalah fesyen pastel yang kian popular ini. Pasti sangat menarik.
Yang ini pula kombinasi warna pastel coklat kulit digabung dengan shawl pastel pink cair. Dengar sahaja sudah terfikir apa ia nya sesuai? Ya sememangnya sesuai tau. yang pastinya tidak gabungan baju dan shawl dari warna yang gelap tau! Haruslah kedua-duanya cair. Huhuhu. Anda mahu melihat lagi koleksi yang sesuai dengan padanan warna fesyen yang patut anda lihat? Nah ini dia.
Ataupun boleh sahaja jika menggayakan pastel yang berwarna biru dan dikombinasikan dengan cream beige. Belum cuba memang belum tahu tau. Hehehehe.
Haa, cantik kan fesyen berpastel ini. Sememangnya menjadi pilihan warna padanan yang terbaik untuk masa kini. Siapa yang sangat menyukai warna pastel adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai simple, feminin dan anggun.
Warna Fesyen Komplementari
Tahukah anda warna komplimentari iaitu ‘ colour blocking’? ha, jangan terkejut pula apa itu coor blocking atau dipanggil warna komplementari. Warna tersebut jika didalam bulatan adalah padanan warna yang bertentangan. Nah, cuba lihat dibawah ini.
Nah! inilah dia jika anda si wanita mahu memadankan warna fesyen komplementari. Hahaha dah macam mengajar disekolah pulakan siap bulatan warna lagi. Okay, berikut mari kita lihat padanan fesyen yang berwarna komplementari ini.
Tadaa, jangan pengsan sudahlah. Di zaman yang popular untuk berfesyen ini. ‘Color blocking’ atau dikenali sebagai warna komplementari ini sangat popular dan terhangat tau. Dengan keberanian untuk memadankan fesyen warna komplementari ini, pasti anda akan diperhati kerana berfesyen yang sangat menakjubkan.
Inilah dia contoh fesyen yang mengikut warna komplementari ini. Cantik apabila digayakan dengan berani. Membuatkan para wanita kelihatan sangat anggun dan versatil. Ini juga sama. Tidak perlu dengan padanan warna yang banyak, hanya dua warna sudah mencukupi untuk kelihatan komplementari.
Tudia, cantikkan kombinasi warna yang bertentangan. Ianya tidak akan pelik selagi digayakan dengan warna yang sesuai dan tidak dicampur melebihi 3 warna. Anda semua tidak mahu mencuba? Cepat gayakan fesyen yang berlainan dari yang lain. Yang pastiya akan kelihatan anggun dan cantik.
Warna Fesyen Analogous
Huuu, yang diatas warna komplementari , yang ini pula fesyen dari warna analogous? Wah, banyak sungguh warna yang popular untuk digayakan. Okay, wanita diluarsana tahukah anda dengan warna kombinasi analogous ini? Ha, warna ini adalah warna yang seakan dan bersebelahan dengan bulatan warna tau. kalau dalam roda komplemenatri adalah warna bertentangan. tetapai kalini adalah warna yang sebelah- menyebelah sahaja. huhuhu. Boleh dipakai dengan 3 atau 4 warna juga boleh tau. Tetapi tidak perlulah terlebih banyak. Mahu pengsan kali kedua org yang melihatnya. hahahahahah.
Ha, sekali lagi kita bersekolah ye wanita semua tentang warna yang sesuai untuk padanan fesyen anda. Ya, itulah dia dipanggil kombinasi warna analogous tau semua. Untuk fesyen pula cuba lihat digambar bawah ini.
Itulah dia koleksi yang sesuai dengan sut fesyen anda yang meminati stail warna analogous. Cantik dan sangat feminin tau.
Ha, ini contoh fesyen yang dipadankan dengan warna bersebelahan iaitu analogous. Cantikkan? Fesyen yang dipalit dengan warna sekata seperti ini sangat menawan untuk para wanita yang memakainya.
Untuk berkomplot dengan rakan rakan anda juga boleh bagi memakai pakian berwarna analogous ini tau. Ianya menunjukkan semangat berkawan dalam satu kumpulan.
Ha, bagi anda yang ingin menggayakan warna yang seakan sepadan dan hampir sama. Cuba lah dulu mengenakan fesyen yang warnanya ber analogous. Tidak cuba tidak tahu ya girls. Ingatlah, berfesyen dapat melengkapkan hidup harian kita tau.
Fesyen Berwarna Gelap
Pernah terfikir warna fesyen yang gelap tidak sesuai untuk dipakai? Kenapa terfikir begitu? pasti ada sebabnya tidak meminati warna gelap. Okay wanita, jika anda mahukan diri menyerlah, warna gelap adalah warna yang sangat dominan bagi mereka yang mahukan keserlahan. Selain itu, warna gelap membuatkan anda kelihatan berlainan dan lebih agresif. Huhuhu contohnya seperti ini ya.
Haa, tu dia. Terserlah sungguh wanita yang didalam gambar tersebut. Fesyen yang berarna gelap akan membuatkan diri anda berseri dan menyerlah. Peraturan lain pula, jangan lah anda memakai semuanya berwarna yang sama dalam satu masa. Jika anda seorang perisik tidak apa lah. hahaha, untuk menampakkan kelainan. pakailah salah satu pakaian anda seperti baju atau tudung ataupun seluar berwarna yang selainnya. Okay?
Ini pula beberapa koleksi yang berwarna gelap sesuai untuk mereka yang sangat meminatinya. Tidak perlu kesemuanya berwarna sama. Berfesyen adalah juga termasuk dalam peraturan memilih warna yang sesuai tau.
Okay, itu lah dia fesyen berwarna gelap. Campuran stail monochrome akan membuatkan anda kelihatan sangat casual dan feminin. Tunggu apa lagi semua. Berfesyen lah sepuas anda. Tetapi beringat lah, padanan warna pada fesyen akan memainkan peranan juga. Ha, peraturan warna juga harus dipentingkan supaya anda tidak terjerumus ke lembah pelik ketika berfesyen. Okay semua, sampai disini sahaja saya berkongsi. Semoga kisah padanan warna untuk berfesyen dapat membantu anda ya. Bye bye!
Comments are closed.