Semakin hari dan tahun yang seterusnya semakin banyak fesyen yang  digayakan oleh para wanita.  Ada juga daripada fesyen 80 an di gayakan semula oleh wanita dan lelaki di zaman maju 2018 ini.  Adakah akan nampak pelik?  Huhuhu semestinya tidak.  Susahnya berfesyen adalah susahnya mahu menjadi cantik.  Jadi kita perlu senangkan fesyen. Ha! hebatkan padanan kata itu. hahaha.  Okaylah semua pembaca dikasihi.  Harini saya akan berkongsi dengan anda tentang  gaya yang dipakai oleh orang ramai dimasa kini dan aksesori yang mereka padankan.  Ya, ayuh kita mentelaah.

 

Fesyen Pleated

 

bospedia.com

 

Fesyen pleated ini sebenarnya telah lama wujud lagi tau.  Tetapi fesyen ini tidak ada lapuknya kerana kain yang berlipat halus kecik ini sangat cantik untuk digayakan.  Pleated juga boleh dibuat untuk dijadikan kain  skirt mahupun baju tau.  Memang elok sangat kalau pakai ke kerja.  Aksesori tambahan seperti mini handbag akan melengkapkan lagi pengayaan feyen tersebut.  Cuma anda haruslah rajin menggosoknya pakaian pleated. Mahu sempurna kan ? hehehehe.

 

 

bospedia.com

 

Ini pula jenis pleated yang berbaju.  Cantikkan!  nampak kurus sahaja bila memakainya.  Memang sesuai lah untuk tahun 2018 ini ye semua.  Antara aksesori yang sesuai untuk digayakan adalah seperti padanan jaket hitam kulit.  Pasti anda semua fikir hanya bikers sahaja yang memakainya.  Tidak!  jaket kulit itu sangat sesuai tidak semestinya hanya pada bikers ye wanita semua.  Belum cuba belum tahu. hehehe.

 

 

bospedia.com

 

Inilah dia padangan fesyen yang nampak menawan.  Tambahan aksesori lain pula seperti kasut sneaker yg berwarna putih akan menyerlahkan lagi fesyen dan aksesori yang dipadankan.   Anda semua cubalah seperti fesyen dalam gambar diatas.  Pasti elok dan cantik.

 

Gaya Identiti

Apa itu gaya identiti?  Gaya diri sendiri?  Ya sememangnya menggambarkan keperibadian kita dalam berfesyen.  Contohnya seperti fesyen yang kita padankan dengan kehendak sendiri.  Ya, pilihan hati adalah perkara yang tepat untuk dipilih dalam berfesyen.  Untuk wanita yang berumur muda lagi pasti banyak berfikir tentang kecantikan berfesyen.

 

bharian.com.my

 

Fesyen yang ada pada 2018 ini telah banyak menunjukkan blazer adalah aksesori tambahan yang menarik.  Walaupun pada asalnya adalah formal, tetapi banyak yang digayakan dan diubah untuk yang lebih cantik.  Nah! cantikkan fesyen tersendiri yang dipakai oleh wanita diatas.  Nampak sangat matang dn feminin.  Tapi pastikan tambahan aksesori tidak menuakan pendirian anda tau!

 

popsugar.com

 

Ini pula dengan padanan beg hitam yang jenis kulit.  Dibawa dengan padanan suit blazer dan sluar yang padan membuatkan seorang wanita itu nampak berkeyakinan dan sempurna.  Hu! kasut tinggi yang berwarna cerah iaitu kuning menyerlahkan lagi si pemakai.  Sememangnya padan betul dan maju fesyen tahun 2018 kan.  Anda haruslah berani mencuba kelainan berfesyen ini tau.

 

 

whowhatwear.com

 

Padanan skirt satin ini amat popular dan digemari oleh wanita yang fashionista.  Tambahan pula dengan padanan bag kecil berwarna merah.  Nampak mahal dan sempurna.  Walaupun dengan gayaan t-shirt sahaja, ianya tidak akan luntur mengenai fesyen.  Apa kata anda mencubanya. heheheh pasti nampak menarik dan cantik.

 

Fesyen Lelaki Popular

 

Bagi para lelaki pula terfikir apa yang paling boom untuk dipakai pada zaman kemajuan fesyen ini.  Fesyen terhangat tahun 2018 juga sangat penting bagi lelaki kerana penampilan adalah keutamaan.  Untuk lelaki yang agak mementingkan kesempurnaan pasti akan selalu mengikuti perkembangan fesyen sekarang.

 

thelittleblonde.com

 

Denim adalah fesyen yang sudah lama dikeluarkan.  Tetapi denim sangat popular digayakan oleh lelaki mahupun perempuan.  Impak yang sangat smpurna membuatkan lelaki nampak sangat macho dan kacak.  Tambahan aksesori seperti beg coklat akan menyerlahkan lagi kekemasan dan kelainan yang dipakai lelaki itu.  Untuk padanan kasut pula, warna koko adalah warna yang angat sesuai dipakai.  Warna koko ini  boleh memasuki semua warna pakaian dengan sangat sesuai apabila anda memakai pakaian dengan warna yang lain.

 

Lelaki sememangnya mahukan sesuatu barang yang simple dan segak apabila memakainya.  Tidak seperti wanita kerana lelaki suka perkara yang lebih mudah dan kemas.  Bukan mahu memberitahu wanita itu rumit. hahahah tetapi sememangnya lelaki akan memilih sesuatu benda yang nampak senang dan mudah digaya.

 

 

bm.cari.com

 

Seperti gambar diatas.  Jaket kelabu digayakan dengan tambahan aksesori seperti jam dan juga kaca mata hitam.  Nampak sangat menarik.  Suruh teman lelaki atau suami anda melakukan fesyen seperti ini.  hahahahah.  Sesuai untuk ke majlis besar dan juga perg bersiar.  Disamping itu juga , aksesori seperti bag leper sangat diminati oleh para lelaki.  Ia menunjukkan diri seorang lelaki nampak santai dan mahal.  Lelaki juga sangat gemar akan topi bulat.  Jadinya tidak pelik lah apabila lelaki suka menggayakan fesyen terkini yang terhangat.

 

 

toodia.my

 

Ha,  beginilah aksesori yang para lelaki mahukan dan memakainya.  Warna coklat selalunya menjadi warna kegemaran para lelaki selain dari warna hitam dan biru.  Mereka akan kelihatan macho dan segak tau!

 

lelakisihat.com

 

Aksesori seperti jam, tali leher, gelang dan selain darinya akan menjadi keutamaan lelaki.  Begitu juga lah dengan wanita, antara alatan yang disukainya adalah alat solek.  Wah!  bermacam perkara yang boleh dijadikan fesyen dan aksesori yang popular. huhuhu.  Lelaki di luarsana, cubalah sesuatu yang boleh digayakan dengan versatil.

 

Stail Pejabat

 

Perempuan sememangnya sinonim dengan sikap yang sangat teliti dengan penggayaan yang sempurna.  Untuk fesyen dan aksesori ke pejabat, pasti sangat rumit untuk memilih barang dan baju yang ingin dipakai.  Huhuhu, memang rutin hidup untuk berfikir fesyen apa yang mahu digayakan.

 

karangkraf.com

 

Tadaa, inilah salah sebahagian aksesori yang wanita perlukan. Kasual, feminin dan simple adalah perkara yang diidamkan oleh wanita tau.  Shawl juga ada untuk wanita muslimah yang bekerjaya ini tau.  Jadinya janganlah gusar ya para muslimah.  Fesyen sememangnya tidak menghalangi apa apa yang ingin digayakan.

Wanita juga mahukan aksesori yang cantik untuk dipakai ketika berjalan mahupun melancong.  Jadi apa salahnya jika gayaan mereka lain dari yang lain.

 

bp-guide.id

Topi besar juga menjadi idaman wanita yang memakainya.  Nampak bersahaja dan sangat rileks.  Anda juga cubalah segala perkongsian yang top untuk kecantikan anda juga.  Baik lelaki dan wanita, mereka amat mementingkan kekemasan dan kecantikan yang ada untuk kepuasan diri.  Berfesyen itu amatlah penting dalam hidup.  Ha! jadinya  gunakanlah masa anda dengan berfesyen.  Okay semua, sampai disini sahaja perkongsian saya ya.  Harap anda semua okay dengan perkara yang saya tuliskan.  Tunggu saya di episod  seterusnya dalam edisi cerita yang akan datang.  Chill!  Salam dari saya.