Terkadang terfikir asyik sahaja gaya baju yang seakan sama dan tidak puas hati ketika menggayakannya. Teringinkan kelainan untuk majlis lain dan Hari Raya yang akan menjelma nanti. Ya! sudah tentulah ada fesyen yang dahulunya cma tradisi tetapi sekarang diikuti ramai wanita yang anggun menggayakannya.

 

Kebaya Batik Dan Sarung Encim

Kebaya yang digayakan zaman kini yang moden tidak semestinya ya tiada yang berbatik. Wa! terfikir rupa mana gaya busana batik tu ya. Pasti bila disebut Batik Nyonya terfikir wanita berumur yang berbangsa cina yang mengasalkannya. Tetapi jangan salah faham ya. Batik nyonya ini disebut kerana Kturunan Baba Nyonya iaiti Cina peranakan ini menggayakan Kebaya Batik Nyonya kerana itu adalah tradisi pakaian mereka ya semu! Cuba tanya dengan yang berketurunan Melayu Cina Baba Nyonya. Pasti mereka tahu. Ya! Fesyen Batik Nyonya ini sangat popular tau sekarang ni. Sampaikan ada yang memakainya ketika majlis kenduri raya . Hal ini kerana ianya sangat istimewa dengan menggamitkan kenangan nenek moyang mereka. Jadinya, sangatlah seronok apabila mengenakan kembali fesyen yang kian hangat pada era zaman moden ini. Ya! ini lah dia Kebaya Btik dang digayakan dengan Sarung Encim. Kain Batik Encim itu apa? Ya kain Batik Encim  itulah yang dipakai harian ya wanita semua.

 

narendrabatik.wordpress.com

 

Baju Batik Modenalis

Selalunya hanya nampak kain sahaja yang berbatik untuk dipakai. Tetapi pernah tak mendengar Batik untuk baju? Ha! pelik lah kalau tiada. Sebabnya sudah moden fesyen sekarang ni ha moden lah jugak bahagian fesyen berbatik. Contohnya seperti Baju Batik Modenalis ni. Campuran batik tulis dari Indonesia dan digabungkan dengan batik nyonya kita di Malaysia ini menjadikan fesyen Baju Batik ini sangat popular sejak ditularkan. Boleh sahaja digayakan untuk kelar bersiar-siar. Berjalan bersama pasangan. Malah boleh sahaja berfesyen casual ke tempat kerja dengan berbaju batik. Setiap fesyen yang tidak pernah dipakai diluar terkadangnya boleh sahaja digayakan dengan baik asalkan diri kita ada keyakinan. Ha cuba selepas ni pakai baju berbatik pula. Biar nampak berkelainan dari hari yang lain. Yang penting berkeyakinan.

 

 

batik-tulis.com

 

Dress  Batik Peranakan Style

Teringin betul untuk pergi ke acara perkahwinan atau acara lain dengan mengenakan busana dress yang berbatik. Tetapi takut dipandang kolot oleh sesetengah orang yang tidak pernah melihatnya. Jangan risau!. Jika mereka memandang dengan cara begitu, apa kata biar diri kita yang memakainya dan memodenkannya. Pasti akan kelihatan cantik dan menghidupkan kembali batik atau corak yang tradisi ini. Dengan penggayaan baru yang tidak dipakai lagi oleh wanita kini, akan menjadi popular daripada kita sekiranya mengenakan busana Dress Batik Peranakan Style ini. Jika mahu dipakai ke tempat kerja juga sangat lah diteruskan, kerana pasti ramai ingin mencuba. Sesudah itu, pasti selepas ini akan menjadi trend hangat sehingga meluas keluar negara. Wanita yang keinginan untuk menjadi anggun akan mempunyai keberanian diri dalam mencuba pelbagai fesyen terkini. Dan Batik dari segi pelbagai gaya fesyen juga adalah salah satunya ya! Ini lah dia contoh yang moden Dress Batik Modenalis.

 

wanitaindonesia.co.id

 

Cheongsam Batik Modenalis

 

Untuk wanita yang ingin memakai fesyen Batik tetapi berbaju Cheongsam pasti akan terfikir adakah wujud fesyen seperti yang diinginkan. Sememangnya ada sahaja untuk Cheongsam. Moden kini telah ramai tailor yang mengambil tempahan cheongsam untuk corak yang berbatik tau. Ha! tunggu apa lagi bagi wanita  yang ingin merayakan hari raya cina dengan busana Cheongsam.  Tersangatlah klasik dan anggun apabila memakainya. Bagi wanita muslimah pula, tidak salah untuk menggayakannya. Kerana anda semeangnya tahu dan usaha untuk menutupi aurat tetapi dengan memakai gayaan Cheongsa, Batik Modenalis ini. Ha, sampai terkenal sudah gaya busana dari berlainan bangsa boleh memakainya. Jangan terasa merendah diri apabila mencuba sesuatu yang baru. Semuanya dari keyakinan diri kita sendiri wahai wanita anggun. Tada! contoh busana Cheongsam Batik Modenalis ini.

 

pinterest.com

 

Nah! itulah dia fesyen popular yang kian digayakan oleh para wanita kita untuk kelihatan cantik, kemas dan fashionista. Selepas ini mungkin ada lagi gayaan Batik Moden dari pelbagai bentuk fesyen ni kan! Sesekali mencuba yang baru apa salahnya. Malah lebih bergaya dari yang biasa.