Ada sesiapa berminat dengan Baju Kebarung? Mesti ada kan. Banyak rekaan baju tradisi dulu telah menjadi trend sekarang dan kembali dengan pelbagai corak dan gaya yang dimodenkan. Ada baiknya digayakan balik stail dan tradisi zaman dulu supaya tradisi kita tak akan hilang ditelan zaman. Dengan itu, anak-anak muda sekarang mesti tak akan lupa tradisi pemakaian melayu kita dulu.

 

wanzar.com.my

 

Kebarung adalah kombinasi antara baju kebaya dan baju kurung. Ia berbentuk baju kebaya dan mempunyai saiz baju kurung. Pakaian kebarung bukan kostum Melayu tradisional tetapi ia adalah penciptaan masyarakat Melayu moden. Baju kebarung ini juga sangat sesuai untuk wanita sama ada mereka yang berbadan kurus mahupun gempal. Malah ciri-ciri tersendiri yang terdapat pada kebarung, iaitu berpotongan longgar dan labuh bukan sahaja memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai.

Pada awal tahun 90-an, kebarung merupakan baju yang sangat popular dan diminati oleh para wanita dan ianya berasal dari negeri Selangor. Kepada anda semua yang ingin mengekalkan kesederhanaan dan tampil ayu di hari perayaan nanti, kebarung adalah penggayaan yang sesuai dan sempurna kerana dengan ciri bajunya yang labuh dan longgar.

 

galabista.com

 

Jika dahulu baju belah atau kebaya diperbuat daripada kain tenun, songket dan kain import seperti kain kapas dari India, tidak terkecuali sutera dari Cina dan batik dari Indonesia, kini pelbagai jenis fabrik dan aksesori digunakan. Antaranya kain batik conteng, organza, sifon dan sutera dari Jepun, India dan Korea. Akhir tahun 1990-an, kain jarang seperti sifon, kasa, organza dan sutera kasa semakin menjadi pilihan kepada pereka fesyen.

Dalam bercerita ni, anda semua tahu macam mana baju kebarung ini dihasilkan? Ataupun ada yang nak jahit baju kebarung sendiri? Bagi yang masih tertanya-tanya dan masih mencari cara-cara menjahit baju kebarung, disini saya akan bagi cara menjahitnya.

Cara-Cara Menjahit Baju Kebarung

Bagi ukurannya, ianya sama dengan ukuran baju kurung. Sesiapa yang dah pandai buat baju kurung, senang sahaja nak buat kebarung ini.

 

naninana.tripod.com

 

Gambar diatas adalah asas baju kurung yang boleh anda ikut. Jika anda lihat pada gambar itu, terdapat huruf A, B, C, D, E yang dah dilabel itu adalah untuk mengikut urutan bagi setiap bahagian. Mari kita mulakan.

Bahagian A –  Bahagian ini ialah untuk bahagian badan. Kain dilipat dua dan potong jadi satu helai kain depan dan belakang.

Bahagian B – Bahagian b ini pula ialah bahagian untuk tangan. Sediakan dua helai kain untuk lengan kiri dan kanan.

Bahagian C – Bahagian ini pula ialah bahagian yang berada dibawah lengan yang dikenali sebagai kekek. Memerlukan dua potongan kain ukuran bawah lengan kiri dan kanan.

Bahagian D – Bahagian d ini pula ialah bahagian di bawah kekek yang dipanggil pesak. Sediakan bahagian kiri dua helai kain untuk dan kanan.

Bahagian E – Bahagian ini ialah untuk bahagian leher. Hanya sehelai kain digunakan.

Setelah selesai menyediakan kain bagi setiap bahagian, langkah seterusnya ialah tentukan ukuran yang tepat mengikut saiz badan masing-masing.

Cara-Cara Mengukur Ukuran dalam Inci

 

naninana.tripod.com

 

Dalam gambar diatas, perasan tak huruf-huruf yang ditandakan itu? Ianya adalah untuk tujuan mengenal pasti bahagian yang patut dimula.

Ukuran  

  1. Ukur bahu (ai) dan bahagian bawah (aii) dengan ukuran yang sama. Bila potong lebihkan  3/4 inci kiri dan 3/4 inci kanan.
  2. Ukur labuh baju(aiii), kadang – kadang depan labuh sikit dari belakang dengan lebihkan 1 1/2 inci sehingga 2 inci bawah.
  3. Ukur panjang tangan (bi) dan lebihkan 1 inci bawah dan 3/4 inci atas bila potong.
  4. Ukur separuh bahagian depan bahagian lebar tangan atas (biii) dan lebihkan 3/4 inci.
  5. Ukur separuh bahagian lebar tangan bawah (bi) dan lebih 3/4 inci.
  6. Ukur kekek (c) dalam bentuk 4 segi sama dan lebihkan 3/4 inci kiri dan kanan.
  7. Ukur lebar pesak atas (di) dan lebihkan 3/4 inci kiri dan kanan.
  8. Ukur lebar pesak bawah (dii)  dan lebihkan 3/4 inci kiri dan kanan.
  9. Bulatkan leher baju (ei) dengan luasnya sama dan bila potong, lebihkan biasanya 4 3/4 inci, tak payah lebih, muat-muat atau kecikkan sikit dalam 2 mm.
  10. Ukur labuh leher baju (eii) dan lebihkan biasanya 4 inci sehingga 4 1/2 inci.

 

A – (Belakang) Bahu 

Seterusnya, ukuran di bahu belakang kanan dan kiri pula mestilah diberikan 2 1/2 untuk membuat kolar belakang. Ukuran daripada bahu kebawah pula ikutlah permintaan para pelanggan sepanjang mana labuh yang mereka mahu.

 

naninana.tripod.com

 

B – (Hadapan) Bahu tambah 1 1/2 inci

Untuk bahagian depan, potong dua helai kain. Ukur dan potong mengikut ukuran dan potongan seperti rajah diatas.

 

naninana.tripod.com

 

Langkah seterusnya pula, untuk bahagian tangan, kekek, pesak semuanya ikut ukuran baju kurung biasa. Cuma badan hadapan dan belakang sahaja lain.

1.  Cantumkan Bahu kiri dan kanan.

2.  Bahagian hadapan kebarung yang 4 inci itu, dilipat 2 1/2 inci ke dalam dan lipat semula 1 1/2 inci ke hadapan. Ia akan jadi bahagian depan kebaya.

3. Gosok

4. Bahagian Leher, sambungkan dengan baik bahagian depan kiri dan kanan, kemudian letakkan elok-elok dengan leher belakang, gunakan jarum peniti. Selepas ngam dengan leher belakang, Tandakan dan jahitkan mesin, kemudian, baru tindih ke leher belakang.

Boleh rujuk gambar dibawah jika anda semua masih keliru. Kalau nak bahagian depan meruncing, potongkan senget ke depan. Lain-lain sambung macam biasa. Kain kena pakai dengan kain yang lain dan lipat depan. Baru sesuai!

 

naninana.tripod.com

 

Begitulah kalau para tailor atau wanita sekalian jika mahu menjahit kebarung. Jadi, kalau berminat mencubanya apa tunggu lagi, selamat menjahit kebarung tradisi!