Setiap orang mesti ada impian perkahwinan masing-masing kan? Ada yang ingin pelbagai hiasan yang berkilauan, persandingan yang mempunyai tema masing-masing dan juga yang inginkan majlis yang simple. Persediaan perkahwinan hendaklah dirancang awal supaya setiap tema dan konsep yang kita inginkan dapat direalisasikan. Perkahwinan melayu mempunyai beberapa majlis tertentu seperti majlis merisik, majlis pertunangan, majlis akad nikah dan juga persandingan. Setiap majlis mereka menempah berlainan baju dan juga warna mengikut kehendak diri.

 

pinterest.com

 

Wedding veil ialah hiasan berbentuk telus yang berbentuk jaring dari bahan nipis dalam bentuk jubin atau renda yang sering digunakan sebagai hiasan kepala pengantin perempuan. Ia juga dikenali sebagai aksesori dan pelengkap bagi para pengantin perempuan ketika majlis perkahwinan untuk menjadikannya lebih sempurna.

 

pinterest.com

 

Penggunaan bridal veil juga boleh digabungkan dengan beberapa gaun berenda atau gaun vintaj untuk memberikan wajah yang lebih menarik. Bentuk yang pelbagai menjadikan beberapa wanita masih keliru untuk memadankan dengan pakaian perkahwinan yang akan dipakai. Jadi, kepada calon pengantin di luar sana, ada baiknya anda semua ambil tahu jenis veil pengantin yang sering digunakan sehingga ke rekaan yang terbaru untuk tahun baru 2018 ini.

Baru-baru ini, terdapat gaya terbaru veil untuk pengantin terutamanya untuk pengantin Malaysia. Antara veil pengantin yang menjadi trend dan bualan hangat adalah seperti dibawah.

Net Veil

Veil daripada fabrik organza atau dikenali sebagai Net Veil ini terbentuk cantik dengan potongan bulan dan sedikit keras. Pemakai kelihatan moden dan amat sofistikated. Bagi sesiapa yang dah bosan dengan gaya klasik veil, boleh cuba seperti contoh gambar dibawah.

 

wanista.com

Veil Keras

Ada juga yang paling latest, Pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim mencipta rekaan veil terbaru yang dikenali sebagai veil keras dengan hasil tangannya sendiri yang digayakan oleh pelakon Izara Aishah untuk majlis perkahwinannya. Veil terbaru ciptaannya itu berunsurkan elemen future classic dan ilham daripada kain songket keras yang digunakan untuk menutup kepala ketika zaman Diraja dahulu. Ianya mendapat perhatian netizen dan bualan ramai terutamanya di laman sosial.

 

ohbulan.com

Lace Veil

Lace Veil yang halus adalah jawapan yang bergaya untuk gaun sederhana dan bersahaja. Ia boleh menjadi kesukaan orang ramai kerana dengan kesan romantis yang terdapat pada veil apabila dipasangkan dengan gelombang yang panjang dan longgar.

 

pinterest.com

Cathedral Veil

Veil jenis ini dianggap paling istimewa kerana potongannya yang labuh memanjang ke belakang. Kebiasaannya pengantin yang ingin memakai veil jenis ini perlu memastikan majlis persandingan diadakan di dalam bangunan seperti dewan atau hotel. Ini kerana ia lebih nampak gah dan pastikan menjadi tumpuan jemputan yang hadir serta dapat menjaga kainnya yang labuh daripada terkena kotoran.

 

enzoani.com

Blusher Veil

Blusher veil merupakan veil yang popular digunakan kerana ia menutupi seluruh wajah sehingga membuat calon pengantin wanita akan semakin nampak elegan. Sekiranya anda ingin memakai blusher veil, anda perlu memasangkannya dengan veil yang berlapis yang boleh memperbalikkan veil nya ketika sesi akad nikah.

 

bodasyweddings.com

 

Sebenarnya, banyak lagi jenis-jenis dan rekaan veil yang boleh kita dapat. Setiap rekaan dan jenis veil mempunyai tarikan dan keistimewaannya sendiri. Ada yang suka stail yang simple, yang berlainan material kain, stail yang unik dan juga yang mengikut trend terkini. Bagi anda yang nak berkahwin dalam masa terdekat ini, pilih sahaja stail yang mana menjadi pilihan veil kesukaan di hari bahagia anda nanti. Sudah tentu anda akan kelihatan lawa dan menawan ketika majlis perkahwinan. Okay, itu sahaja daripada saya. Saya harap dapat membantu anda untuk memilih yang terbaik dan sesuai dengan busana serta majlis anda!