Sempena tahun baru 2018 ini mesti para wanita ingin tampil lagi bergaya daripada tahun sebelum ini. Bagi wanita muslimah, siapa kata wanita bertudung tak boleh bergaya dengan gaun? Semestinya boleh, lebih-lebih lagi kalau dapat bergaya dengan gaun yang menawan dan trendy daripada gaun-gaun dan biasa. Di sini, tersedia lebih daripada satu contoh gaun muslimah yang dapat anda memanfaatkan di majlis-majlis pernikahan, majlis ulang tahun, majlis pertunangan, dan majlis yang lain. Selain itu, gaun muslimah mempunyai pelbagai gaya dan rekaan serta jenis kain yang digunakan.

hijabiworld.com

Bagi anda yang berminat untuk bergaya dengan gaun muslimah tapi masih memikirkan bagaimana rekaannya. Terdapat pelbagai rekaan dan jenis kain gaun muslimah yang boleh menarik minat orang ramai. Antara jenis kain yang digunakan di pasaran ialah jenis kain crepe, songket, chiffon, cotton, lace dan sutera serta satin. Gaun itu juga mempunyai pelbagai corak dan rekaan yang dapat menarik perhatian para wanita.

Contoh-contoh rekaan dan jenis kain gaun muslimah:-

  • Gaun Muslimah Kain Crepe

Jenis kain crepe bagi gaun muslimah lebih murah dan ringan daripada jenis kain yang lain. Ada juga yang menggunakan gaun kain crepe tanpa corak dan juga bercorak. Corak-corak yang selalu digunakan seperti bunga-bunga.  Gaun berkain ringan ini sesuai dalam semua majlis mahupun pakaian harian. Ia juga mudah didapati di online dan butik-butik pakaian.

gaunmuslimpesta.blogspot.my

  • Gaun Muslimah Chiffon

Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian tradisional dan moden. Jadi tak hairanlah kain chiffon menjadi kain yang diminati ramai kerana keselesaan dalam pemakaiannya. Pelbagai corak dan gaya dapat dipadankan pada gaun untuk menarik perhatian para wanita yang ingin bergaya selain memakai seluar dan blaus.

pinterest.co.uk

  • Gaun Muslimah Lace dan Satin

Apa itu satin? Sudah tentulah sejenis kain yang licin dan berkilauan. Tetapi lebih elegan apabila digabungkan dengan kain lace. Penggabungan antara kain-kain dapat menghasilkan gaun yang menarik dan anggun. Antaranya penggabungan kain lace dan satin, kain lace sangat sesuai digayakan dalam gaun.  Warna juga memberi peranan dalam penggabungan kain tersebut. Betul ke ramai wanita muslimah susah untuk menggabungkan warna-warna yang sesuai? Semestinya betul! Dibawah inilah contoh warna penggabungan sesuai untuk gaun muslimah lace dan satin.

pinterest.com

  • Gaun Muslimah Lace

Kepelbagaian corak kain lace memberi kemeriahan dan keserian pada gaun. Peminat kain lace semestinya berminat untuk memiliki gaun berkain lace. Bukan hanya untuk pengantin sahaja,  tetapi ramai telah memakai baju kain lace untuk pakaian harian mereka. Tentu para wanita muslimah bingung memilih kriteria mereka tersendiri. Penggayaan lace pada gaun mempunyai banyak rekaan yang boleh dihasilkan. Tidak kira diperingkat umur remaja dan seterusnya kain muslimah lace sangat sesuai untuk para muslimah yang feminin di luar sana.

zalora.com.my

  • Gaun Muslimah Kain Sutera

Kain sutera juga sesuai untuk gaun muslimah tidak kira pada majlis tunang, nikah dan persandingan kerana ramai para wanita menginginkan kenangan memakai pakaian tradisional. Tetapi tidak hanya dengan kain sutera sahaja, mereka juga mahukan gabungan kain sutera dan kain laici untuk nampak lebih elegan.

caraberhijab.net

Macam mana dengan contoh-contoh gaun muslimah gaya terbaru dan trendy di atas? Elegan dan menarik kan? Dengan memanfaatkan gaun muslimah ini, kami yakin anda akan keluar lebih cantik dan memukau semua orang. Sebahagian orang berpendapat, bahawa cantik dari di dalam itu lebih baik, tapi bagi saya, cantik luar di dalam itu lebih baik keduanya. Okay, itu sahaja artikel gaun muslimah terbaru dan cantik kali ini, jumpa lagi di artikel lain yang lebih menarik. Terima kasih kerana sudi membaca.