Hijab adalah tanda kesopanan dan merupakan sahabat khusus bagi seorang wanita muslim. Pada suatu ketika yang dahulu, wanita pada kebiasaannya memakai hijab kerana latar belakang keluarga ataupun agama mereka. Jika sebelum ini hanya terdapat satu cara memakainya dan majoriti wanita menggayakan,hijab atau selendang dengan cara dan kaedah yang sama tapi pada hari ini, terdapat beberapa cara di mana anda boleh gaya hijab dengan pelbagai kaedah termasuklah dengan gaya tudung serban atau lebih dikenali sebagai turban di mana ianya kini sangat popular di seluruh dunia.

 

Hijab Turban adalah merupakan salah satu tambahan fesyen bagi dunia selendang atau tudung yang telah diilhamkan  dari zaman nenek moyang kita dahulu. Ia adalah kesan daripada suai dan padan atau lebih dikenali dengan “mix and match” dia antara pemakaian kaum muslim dan juga budaya India yang terdahulu. Pada awalnya, turban ini lebih cenderung bagi kaum lelaki  tetapi secara perlahan-lahan ia beralih kepada kaum wanita yang dalam masa sama memberi pelbagai pemakaiannya dan sentuhan  yang lebih elegen pada pemakaiannya. Hijab jenis Turban ini sangat sesuai digayakan pada acara majlis  tertentu atau bersama keluarga  kerana disamping menutup aurat ia juga mampu mengekalkan gaya yang minimal bagi wanita tapi masih kelihatan bergaya Selain itu ia juga turut boleh digandingkan bersama aksesori kepada yang lain.

 

Bagi seseorang Fashionista, mereka ada masanya mempunyai “bad hair day”, dan ini tidak terkecuali bagi wanita yang berhijab juga sama ada disebabkan hijab atau selendang mempunyai lipatan yang teruk, tidak mudah digosok,  dan sebagainya.

 

Turban! Anda boleh mengenakan hijab gaya ini bagi menghindari masalah ini. Turban tidak hanya dihadkan dengan satu gaya sahaja malah terdapat beberapa gaya yang boleh diguna pakai untuk mengenakan fesyen ini diantaranya,

 

  1.  Criss cross front tie Turban

Gaya turban yang sangat ringkas dan mampu memperlihatkan kesan simple atau minimalis pada si pemakai namun masih tetap bergaya!

 

asukumagazine.com

 

2.  Bun on top of Turban

Gaya turban ini telah mendapat perhatian oleh setiap peminat dan telah menjadi tumpuan wanita muslim. Gaya ini cukup sinonim dan telah diilhamkan oleh penyanyi terkenal Malaysia iaitu Yuna.

 

pinterest.co.uk

 

3.  Turban Elegen

Turban ini merupakan turban dengan gaya yang tinggi dan disebabkan itu ia dikenali sebagai elegen Turban. Dikenakan pula anting-anting sebagai aksesori yang digandingkan bersama Turban ia mampu menyelahkan kesan kemas dan elegan pada si pemakai. Sesuai digayakan ketika beriadah atau minum petang.

 

weheartit.com

 

4.  Double Strand Turban

Bagi hijabster yang sukakan gaya lain dari yang lain, gaya ini sangat sesuai untuk anda! Gaya yang unik dan kreatif di mana ia dpat mencuri tumpuan mereka yang melihatnya!

 

pinterest.co.uk

5.  Turban Mudah

Kesederhanaan gaya ini menjadikannya menonjol untuk waktu-waktu bebas anda . Walaupun dihasilkan dari selendang, tetapii kelihatan sangat mudah dan versatil. Sudah tentu menjadi tumpuan mereka yang melihatnya sehingga manafsirkan anda sebagai seorang selebriti!

 

pinterest.com

 

6.  Turban Gaya Rendah

Turban gaya ini adalah gaya yang sangat santai dan bersahaja. Sesuai sekiranya digfayakan apabila bersantai di pantai, bersukan atau aktiviti santai yang lain.

 

layalina.com

 

Selain itu, salah satu gaya fesyen hijab wanita yang kini semakin menjadi trend adalah pemadanan tudung atau hijab dengan pelbagai jenis topi  dengan penggayaan ini, seorang wanita itu dapat tampil kelihatan lebih kreatif dan berani selain kekal kelihatan menarik dan lebih menonjol.

Terdapat pelbagai jenis topi yang boleh dijumpai di pasaran dan sesuai dipadankan bersama hijab wanita.  Antara topi yang sering digandingkan bersama hijab adalah seperti ‘baseball cap,Fedora Hat, beanie hat, beret hat serta bower hat.

  • Baseball hat

Baseball hat dapat mempamerkan kesan boyish tapi sangat menarik kerana ia dapat melihatkan wanita ataupun hijabers kelihatan sangat trendy serta tampak “cool”. Gaya ini sangat sesuai bagi hijaber muda ataupun yang remaja.

 

youtube.com

 

  • Fedora Hat

Fedora hat atau lebih dikenali topi pantai dengan bukaan kelilingnya yang lebar sangat sesuai bagi mereka yang ingin ke pantai kerana ia dapat membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang terik. Kini anda dapat tampil dengan yakin dan elegen walaupun ke pantai!

 

dewineeiam.blogspot.my

 

  • Beanie Hat

Bagi kaum wanita yang sukakan gaya yang lebih kasual, topi jenis ini adalah sangat sesuai untuk anda! Kelihatan lebih sporty dan dan up-to-date.

 

outfittrends.com

 

Seiring degan pemodenan dan arus fesyen Muslimah yang kini semakain meningkat terdapat pelbagai lagi cara dan kaedah yang boleh diguna pakai untuk menggayakan turban dan hijab bersama topi yang bersesuaian. Apa yang penting sebenarnya untuk fesyen ini adalah keberanian dalam penampilan. Jika anda seorang yang gemar bergaya dan ingin tampil lain dari laun, jangan khuatir tentang apa yang akan orang sekeliling perkatakan, jika anda yakin dan percaya fesyen itu baik, jadi teruskan! Selamat mencuba dan bergaya!