Saya pasti anda yang sedang membaca blog bertajuk ini sudah pasti anda masih tercari cari jenis fabrik yang bersesuaian digayakan pada baju anda nanti. Kan? Mari saya terangkan beberapa jenis fabrik yang ada di pasaran Malaysia kita ini. Ada yang kain jenis panas dan sejuk. Seharusnya anda mesti kena pandai pilih ye untuk keselesaan sendiri. Tidak semua citarasa orang sama. Semua benda orang berbeza citarasa kan? Ini senarai kain yang popular sekarang .
- Chiffon
Haa, sudah pasti ramai yang memiliki baju yang jenis kain chiffon ni kan? Seperti apa yang kita tahu kain chiffon ini mempunyai sifat yang ringan dan lembut. Kain chiffon ini amat sesuai membuat apa jua jenis baju sebab nya kain ini tidak panas disebabkan kainnya bukan tebal pada fizikalnya,. Tetapi harus diingatkan, kain ini selalunya jarang sedikit, anda harus menambah lining pada baju tersebut untuk menyembunikan kulit anda dari dipandang orang sekililing.
Sebenarnya chiffon ini ada terbahagi dengan beberapa jenis chiffon. Diantaranya :
- Chiffon goldline
- Chiffon sutera
- Chiffon georgette
- Chiffon tribal
- Chiffon paisley
- Chiffon plain
- Double Chiffon
- Cotton
damiaclosetcollections.blogspot.my
Kain cotton adalah kain yang diperbuat dari kapas yang sememangny asejak azali kita semua tahu kain jenis ini sejuk bila dipakai. Ini kerana kapas membolehkan kulit kita mudah bernafas dengan baik sekali. Selalunya kain cotton ini sesuai membuat baju kurung , blaus dan juga kemeja. Dan yang paling best sekali , kain ini tidak mudah tercarik benangnya dan mudah dicuci. Kalau kulit anda sensitive, anda boleh memakai kain jenis cotton sebabnya kain ini amat baik dalam menyerap peluh , maklumlah kita di Malaysia iklim cuaca yang tidak menentu , sekejab panas sekejab lembab. Disini ada juga beberapa jenis kain cotton yang dijual di Malaysia . Contohnya :
- Cotton minyak
- Cotton Biasa
- Cotton Silk
- Cotton paris
- Lycra
Kain lycra ini juga dikenali sebagai spandex. Kain lycra senang juga disebut sebagi kain getah. Ini kerana kainnya sangat elastik iaitu mudah direnggangkan. Kain ini juga sangat ringan dan berpori, ianya akan terasa sejuk ketika digunakan. Tetapi kain ini mudah melekat ketat pada badan anda. Disebabkan itu selaunya kain jenis lycra ini kebanyakkannya akan dibaut ‘legging’, pakaian dalam , gaun dan juga baju renang.
- Songket
Kain songket seperti yang kita tahu kain tradisional sepanjang zaman. Kain songket merupakan sejenis kain yang ditenun menggunakan benang emas dan perak dan membentuk pelbagai corak yang sangat cantik dan unik. Kain songket ini selalunya tidak terlalu panas. Kebanyakkan kain songket sedikit mahal sebabya dari segi kualiti dan masa untuk membuat kain songket mengambil masa yang lama. Kain songket ini sesuai digayakan apa jua majlis rasmi.
- Satin
Kain satin ialah kain yang permukaanya secara fizikal dilihat begitu licin dan berkilat. Akan tetapi di bahagian dalam kain ini tidak berkilat dan licin. Satin digemari terutama kerana membuat si pemakai terlihat glamor, sensual dan lebih feminin. semakin banyak wanita menggunakan satin sebagai blaus atau kemeja wanita karena terasa lebih nyaman di tubuh, sedap mata melihat baik untuk ke pejabt bekerja seharian penuh mahupun untuk majlis formal dan tidak formal. Kain ini bagaimanapun tidak menyerap peluh anda. Ada juga kain satin digunakan untuk membuat tudung dan shawl. Saya pasti anda juga dapat melihatnya sebab sekarang ramai memakai tudung yang diperbuat dari kain satin. Selain itu boleh juga membuat gaun labuh , jubah dan baju pengantin. Terpulang pada keselesaan masing masing.
- Kain Polyster
Kain polyester ini adalah kain yang mempunyai daya kuat atau dikenali kain tahan lama. Kain ini agak panas kerana kain yang tebal . Selalunya kain ini dibuat untuk baju musim sejuk. Kain ini tidak mudah kedut dan cepat kering saat dijemur. Sebab itu kain jenis ini orang tidak akan membuat sebagai baju kurung dan dipakai diwaktu panas panas.
Kain polyester juga kain yang tidak menyerap peluh , jika kulit anda sensitive , sebaiknya elakkan memakai kain jenis ini , ini membuatkan kulit anda lebih teruk .
Akan tetapi semuanya bergantung pada individu masing masing untuk membuat baju mereka . Sebabnya citarasa semua orang tidak sama. Ada yang suka , ada yang tidak suka. Jadi anda dah dapat idea kain macam mana untuk buat baju anda? Hehe. Jika anda ingin membeli kain ela , jangan pula pergi ke baju yang sudah siap atau kedai bundle pulak… Contohnya pergi lah ke Gedung kain besar seperti Nagoya, Jakel , Kamdar dan lain lain lagi. Biasanya Gedung kain yang besar in lebih banyak pilihan dan lebih banyak jenis kain.
Comments are closed.