Setiap tahun baju kurung di Malaysia ni bertukar fashion kan? Sebab setiap tahun zaman moden berubah, jadi semua benda akan berubah termasuk baju kita !
Baju kurung ni ada terbahagi beberapa jenis kan? Ada baju kurung traditional , baju kurung moden biasa , baju kebaya , baju kebarung , baju peplum dan banyak lagi. Tapi tu semua dah biasa nampak kan? Jom saya kenalkan baju terkini lebih elegan dan mewah!
BAJU KURUNG SALEENA
Baju Kurung Saleena ialah baju kurung moden yang nampak exclusive . Gandingan kain organza pada baju tersebut membuatkan baju tersebut terletak elok lebih rapi. Tambahan organza 3 layer dan bunga bunga di atas organza tersebut membuatkan baju ini menampakkan sangat cantik! Kain chiffon yang terkenal dengan kelembutannya dan juga sukar kedut membuatkan pemakai rasa lebih selesa. Lagi pula baju ini mesra wuduk , sebabnya di lengan ada zip untuk memudahkan kita menunaikan ibadah.
Baju kurung saleena ini sesuai digayakan ke mana mana sahaja tak kira kenduri , di hari raya malah dinner yang dibuat oleh tempat kerja anda. Sudah pasti akan ramai memuji dan kagum dengan baju kurung yang anda pakai ini sebabnya lain dari baju kurung biasa yang lain!
Kain pula adalah kain duyung , juga terkenal dengan semua jenis baju kurung membuat kain jenis yang sama. Kain duyung ini sesuai untuk menampakkan baju kurung tersebut lagi moden dan kena pada jenis baju tersebut.
KAREENA DOLL SARREE
Kareena Doll Sarree memang terkenal semua di kalangan remaja terkini. Ramai yang tergila gila kan baju kain sarree ni tak kira dari kalangan umur. Memang sangat cantik digayakan. Ditambah pula baju ini dibuat baju pesak gantung membuatkan si pemakai akan lebih bergaya, kembang kembang gitu .
Walaupun baju sarree ini dah terkenal sejak tahun lepas, tapi sehingga kini masih popular dan menjadi gilaan remaja sekarang! Baju kurung ini diperbuat dari kain chiffon yang terkenal kelembutan dan keringanannya tersendiri. Baju ini juga mesra wudhu , kerana ada zip tersembunyi pada pangkal lengan baju kurung tersebut.
Baju kurung ini patuh Syariah kerana baju yang longgar dan besar tapi tidak menampakkan ketinggalan zaman, malah moden. Tambah pula baju kurung sarree doll ni Nampak sangat mewah, tak perlu nak tambah aksesori lain seperti lace, sequin, swaroski dan labuci. Walaupun ianya “ baju kurung “ tapi ia membuatkan penampilan anda berubah 360 darjah !
Anda semua dah ada ke belum koleksi baju sarree ? Kalau belum, anda wajib ada, walaupun satu !
EXCLUSIVE PREMIUM WHITE LACE PEPLUM + MERMAID SKIRT
Premium White Lace Peplum adalah peplum yang terkini . Ianya memang Nampak seperti biasa , tapi ianya adalah luar biasa! Dihiasi lace di luar membuatkan si pemakai gah dan ayu.
Peplum di pangkal lengan membuatkan baju tersebut Nampak lebih exclusive persis gaya artis. Sekarang kan artis artis kita suka pakai baju lengannya kembang kembang. Jadi sesiapa yang memakai baju ini pasti dipuji ramai. Bukan sahaja baju dihiasi lace , malah di kain juga tak kurangnya.
Kain jenis cotton spandex ini amat selesa sesiapapun pemakainya. Tidak jarang, kain pula sejuk , bahkan tidak mudah kedut. Yang penting sekali tidak melekat pada badan ! Best kan?
Baju kain jenis ni la yang sepatutnya sesuai digayakan dari pagi sampai ke malam ! Hahaha. Sebabnya kain dia sejuk ! Tak panas bila memakainya.
Cuba lah satu kalau tak percaya .
Selain dari ini pun masih banyak lagi baju baju kurung yang terkini di luar sana. Anda juga saya pasti seorang yang fashionista. Jadi mungkin contoh ini menjadi senarai pilihan hati. Semoga bermanfaat.
Comments are closed.