Dalam kehidupan keseharian terutamanya masa kini, tentu anda semua dah tahu kan warna pastel itu macam mana?  Warna memain peranan penting dalam kehidupan harian kita. Setiap warna mempunyai kecantikan dan keunikan sendiri. Daripada banyak-banyak warna dekat dunia ini, warna pastel telah menjadi trend terkini dan selalu menjadi pilihan warna oleh orang ramai terutamanya dalam pemakaian. Jika anda lihat bunga-bungaan dan pemandangan alam sekitar juga, terdapat warna-warna pastel boleh memberikan ketenangan dengan kelembutan warnanya.

 

magazine.banananina.co.id

 

Warna pastel merupakan percampuran antara warna cerah dan warna putih sehingga menimbulkan warna yang lebih lembut. Ramai para wanita kat luar sana telah memilih warna pastel menjadi warna kegemaran mereka. Warna pastel juga boleh dikatakan sebagai warna yang selamat untuk dipakai pada siang atau malam mahupun kasual atau formal. Tapi sayangnya, bagi sesetengah wanita yang lebih selesa dengan gaya sporty tak berkeyakinan untuk menggunakan warna pastel dalam pemakaian mereka sebabnya ianya warna yang menunjukkan gaya feminin. 

 

Kesan yang boleh disebabkan oleh warna pastel adalah sejuk, selesa, ceria, tenang dan lain-lain. Semuanya bergantung pada gabungan dan penempatan warna. Sebagai contoh apabila kita berada di dalam bilik yang mempunyai kombinasi warna pastel, perasaan kita akan menjadi selesa dan ceria. Ramai yang selalu mengidamkan ruangan nyaman, anda boleh cuba menggunakan konsep warna pastel. Bukan hanya bilik dan barang-barang boleh digayakan dengan warna pastel, pemakaian juga boleh diterapkan dalam penggunaan warna ini. 

 

indiamart.com

 

moyrhijab.com

 

 

Jadi, inilah dia contoh warna pastel yang sesuai digayakan kerana wanita akan nampak manis dan anggun. Warna pastel juga boleh dipadankan dengan ton warna yang lain. Sebab itulah wanita yang berfesyen mementingkan warna yang sesuai untuk dipadankan sama ada tudung, baju dan seluar serta skirt. Jadinya, pastilah kaum lelaki menunggu lama pasangannya dalam memilih warna-warna fesyen ketika sedang membeli belah. Kerana, kesempurnaan adalah sangat penting bagi wanita dalam berfesyen.

 

 pinterest.com

 

Gaun labuh di atas adalah contoh gabungan warna pastel dan dipadankan dengan shawl chiffon. Menarik kan! Para wanita juga semestinya menggayakan warna pada busana ini di pelbagai acara sekalipun. Dengan warna pastel yang sememangnya lembut akan menonjolkan diri wanita itu kelihatan anggun.  Ada juga yang menggayakan warna ini dengan busana yang dipadankan dengan seluar.

Terdapat contoh-contoh kombinasi antara warna pastel dan warna lain yang boleh dipadankan dalam pemakaian, antaranya ialah seperti gambar dibawah.

 

pinterest.com

 

Bukan hanya berlainan warna boleh digabungkan dalam pemakaian, memakai warna yang sama dengan pelbagai ton juga boleh digayakan oleh semua orang. Antara contoh – contohnya ialah  seperti gambar dibawah:

Contoh-Contoh Colour Palettes yang sama warna.

Pink Colour

Pasti ramai wanita yang meminati warna pink kan? Jadi, gambar dibawah adalah contoh ton warna pink yang berlainan untuk digayakan dalam pemakaian.

 

love-palette.tumblr.com

 

Purple Colour 

Bagi mereka yang minat pada warna purple, anda boleh memilih warna-warna yang sama tonnya seperti gambar dibawah.

 

pinterest.com

 

Green Colour

Hijau adalah salah satu warna yang menjadi pilihan ramai kerana warnanya yang melambangkan alam semula jadi dan memberikan ketenangan. Boleh juga digayakan dengan warna-warna neutral yang lain.

 

facebook.com

 

Blue Colour

Ada juga yang menggemarkan warna biru dalam pemakaian harian dan warna yang sangat sesuai untuk pakaian formal mahupun kasual. Warna-warna intonasi biru seperti di bawah boleh dipadankan mengikut pilihan masing-masing.

 

pinterest.com

 

Dan banyak lagi warna-warna yang cantik dan menarik dapat digayakan oleh semua orang. Tak kira usia mahupun jantina, warna memain peranan penting dalam kehidupan harian kita. Okay, mungkin sampai disini dulu artikel kali ini. Saya harap artikel saya ini boleh terjawab tentang warna-warna pastel dan kombinasi antara kepelbagaian warna lain yang anda semua ingin tahu.  Semoga kita berjumpa lagi kelak di artikel seterusnya!