Assalamualaikum Readers! Bercakap tentang pakaian ke pejabat, adakah anda sering mengalami masalah dalam memilih pakaian ke pejabat? Apatah lagi sekiranya anda adalah wanita yang baru mula bekerja di office kan. Sukar nya nak buat pilihan, samada seluar atau kemeja, blouse atau dress? Takpa, kali ini suka untuk admin berkongsi tentang tips pakaian ke pejabat/ office anda dengan tampak dan kelihatan lebih sopan dan elegen. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berjumpa dengan ramai orang. Macam mana caranya? Ha mudah sahaja! Pakailah pakaian tradisional melayu. Nak cakap tradisional sangat tu takdala sangat, tapi boleh dikategorikan dalam pakaian melayu juga hehe. Mudah, smart dan sopan. Sebagai contoh, seperti baju kurung pesak, jubah ataupun baju kurung moden malahan blaus muslimah juga merupakan pakaian yang sesuai digayakan ke pejabat.

 

pinterest

pinterest

 

pinterest

 

Berikut merupakan antara tips yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin mengenakan pakaian melayu ke pejabat :

1) Pemilihan warna adalah sangat penting dalam pemakaian baju individu. Penggunaan dua atau tiga warna adalah pilihan yang paling baik bagi wanita bekerjaya untuk memilih pakaian ke pejabat.   Jika anda memakai pakaian melebihi tiga warna, kesannya adalah kurang sesuai dan tidak kelihatan professional.

2) Kain jenis berkilat atau mengikut bentuk badan seperti satin dan sifon kurang sesuai dipakai ke pejabat. Dari segi baju, adalah lebih baik jika anda gunakan fabrik yang memberi keselesaan seperti fabrik kapas atau yang mempunyai campuran kapas. Manakala untuk tudung pula, satin adalah sesuai untuk digayakan kerana akan kelihatan lebih professional dan elegen.

3) Bagi anda yang tidak menggemari memakai pakaian Barat seperti blaus dan kemeja, pakaian tradisional seperti baju kurung adalah pilihan yang terbaik. Baju kurung hendaklah dengan kombinasi warna yang sesuai dan tidak mempunyai manik dan labuci yang terlampau sarat dan meriah. Terdapat pelbagai koleksi rekaan baju kurung pada masa kini, dan anda boleh memilih rekaan yang anda suka untuk digayakan.

4) Untuk pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan fesyen atau warna tertentu sahaja kerana membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika bekerja. Anda akan kelihatan anggun dengan warna semulajadi.  Pilihan yang paling sesuai ke pejabat adalah seperti warna krim, hitam, coklat, kelabu ataupun biru tua kerana ia menampakkan gaya professional individu.

5) Untuk anda yang ingin tampil profesional ke pejabat,  adalah sebaik-baiknya menghindari motif flora dalam berpakaian.  Motif polos dengan warna tegas akan memberikan kesan lebih profesional dan lebih mudah untuk disuai padankan. Motif polos dan warna tegas sangat sesuai dipakai ke pejabat.

6) Fesyen bukan saja membabitkan pakaian tetapi juga pemilihan aksesori yang tepat dan warna kasut yang sesuai serta gaya ikatan tudung dan gaya merapi dan mengemaskannya.

7)  Sebaiknya hindari memakai tudung yang bermotif banyak dan sarat ke pejabat. Namun begitu,tidak harus yang polos kerana anda tetap memerlukan variasi agar tidak kelihatan membosankan. Pilihan terbaik adalah memakai tudung yang mempunyai sedikit motif di tepinya atau jenis kosong.

 

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan kepada anda dalam pemakaian ke pejabat. Oleh kerana kini semakin ramai wanita yang tampil bertudung, lebih cantik labuhkan tudung sehingga menutup dada, (jom pelan-pelan kayu)

Tak dilupakan juga jika anda mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai tubuh badan yang langsing dan ketinggian yang ideal, tampil ‘smart’ dengan menggayakan koleksi seluar slacks anda bersama padanan blaus muslimah. Atau untuk keselesaan yang lebih ideal sepanjang hari, anda boleh tampil bergaya dengan koleksi palazzo pants atau harem pants yang loose dan trendy dengan padanan kemeja atau blouse Muslimah yang bersesuaian.

 

youtube

 

pinterest

 

Setakat ini dulu untuk entri kali ini, insyallah kita berkongsi lagi lebih ilmu pada ruangan dan entri yang berikutnya ya. Till then! =)