Assalamualaikum readers kesayangan,

untuk topik kali ni suka untuk admin kongsikan tentang budaya pemakaian yang sedondon khususnya bagi masyarakat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budaya negara dan pakaian yang unik. Budaya dapat dimaksudkan dengan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

 

Telah menjadi sebuah kelaziman bagi sesebuah majlis perkahwinan atau walimatul urus, mempunyai ahli keluarga yang menempah dan memakai baju sedondon untuk menambahkan lagi seri kemeriahan majlis itu. Malah, trend pemakaian sedondon untuk pengapit atau “dayang-dayang” perempuan dan lelaki ini sudah makin menular di kalangan masyarakat kita.

 

Kebiasaannya, pemakaian sedondon di majlis keramaian seperti ini dapat membezakan antara pihak rumah pengantin, rakan-rakan terdekat dengan tetamu yang lain. Dengan wujudnya pemakaian sedondon ini, ia dapat membantu tetamu untuk berinteraksi dengan tuan rumah dengan lebih baik dan juga sebagai pelengkap memori apabila sesi bergambar bersama pengantin. Ia mampu menunjukkan suasana yang penuh dengan keriangan untuk tatapan di masa hadapan.

 

 

syamsyaisas.blogspot.my

 

Pemakaian sedondon ini dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu warna yang sedondan dengan fesyen/ style yang sama dan juga warna yang sedondon dengan fesyen/style yang berbeza.

bradersista.cari.com.my

 

 

pinterest.com

 

Sekiranya pengantin berbesar hati untuk sponsor baju sedondon bagi pihak keluarga atau rakan,alhamdulillah. Rezeki namanya tu. tapi sekiranya pengantin tidak memberitahu apa apa cuma sekadar beritahu tema warna apa yang perlu dipakai maksudnya… kita perlu membuat tempahan baju atau pun beli sahaja pakaian yang sudahsiap ya.

 

Pemilihan warna juga adalah sangat penting dan amat di titikberatkan kerana ,kita tidak mahu para pengapit kelihatan lebih menonjol berbanding dengan Raja Sehari(Pasangan Pengantin). Itu sudah semestinya. Pemilihan warna yang sepadan dan juga sedondon boleh memberikan kesan yang baik bagi gambar yang diambil pada sesebuah majlis itu.

 

Selain pakaian dayang-dayang majlis perkahwwinan bagi golongan dewasa, tidak ketinggalan dan dilupakan juga pakaian yang sedondon bagi flower girl dan boy pengantin yang akan turut sama berada di majlis . pada kebiasaanya, flower girl akan mengenakan gaun kanak-kanak manakala kanak-kanak lelaki memakai sut.

 

 

 

mushpunyer.blogspot.my

 

Seperti yang kita ketahui, pakaian sedondon ini bukan sahaja untuk ke majlis perkahwinan,malah ia juga adalah sinonim dengan masyarakat Malaysia khususnya pada perayaan Aidilfitri. Keluarga akan memilih satu tema warna untuk dipakai khas di hari lebaran. Setiap keluarga sudah pastinya akan memilih warna tema yang berbeza setiap tahun. Hal ini sudah tentunya sangat menarik dan istimewa kerana dapat menunjukkan kesepaduan, keharmonian dan kebahagiaan bagi keluarga masing-masing apatah lagi apabila mengambil gambar bersama. Selain untuk aidilfitri, terdapat juga masyarakat malaysia yang akan memakai pakaian sedondon pada majlis tertentu sama ada untuk syarikat, tempat kerja mereka,sambutan hari jadi atau acara lain bagi menunjukkan perpaduan dan kesinambungan antara satu sama lain.

 

Antara majlis yang mengamalkan budaya pemakaian sedondon adalah seperti berikut :

  1. Majlis pertunangan
  2. Majlis perkahwinan
  3. Majlis hari jadi
  4. Annual dinner syarikat
  5. Perayaan Aidilfitri
  6. Perayaan Tahun Baru cina
  7. Majlis kebangsaan
  8. Hari sukan sekolah
  9. Sambutan hari keluarga
  10. Reunion kawan lama /sekolah/ company

Dan  sebagainya.

 

Fuh, macam -macam budaya masyarakat malaysia kini kan? Ambil yang positif dan buang budaya yang negatif okay. Yang penting, Malaysia akan terus aman dan damai. Insyallah sentiasa =)

 

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini, kita jumpa lagi di ruangan seterusnya okay!