BAJU RAYA  SEDONDON..RELEVAN LAGI KE?

 

Empat bulan lagi Syawal bakal menjelma..Bunyi macam lama lagi tapi sebenarnya dah boleh plan pun untuk persediaan raya..Dengar citer,tukang-tukang jahit pun ada yang dah close booking untuk tempahan especially tukang jahit yang menjadi idaman ramai..punya la awal diorang ni close order..yang herannya,cepat betul para wanita ni melakanakan tindakan..saya pula baru nak fikir strategi..advance betul diorang ni..time bila diorang ni gi shopping kain?superwoman betul..apa pun,mood shopping raya pun dah start berkobar-kobar ni..mula la fikiran tu dipenuhi dengan idea baju-baju vogue untuk tahun ni..mana taknya,bila buka facebook punya la ramai seller dok promote kain ela dan juga baju-baju ready-made untuk raya..buka instagram pun dipenuhi dengan iklan pelbagai fesyen baju terkini..naik rambang mata jadinya..fuh..bahaya ni..Dah la design-design baju semuanya cantik-cantik menarik da boom..memang menggoda perasaan betul..kalau tak kuat iman,maunya saya borong je sedozen..fuh..sabar duhai hati..jangan dengar bisikan-bisikan jahat si nafsu..huhu..

Apa pun,bagi yang single,idea untuk berfesyen tu bebas la sikit..Tapi untuk yang dah berkeluarga tu,kena luaskan idea sebab nak kena fikir juga fesyen untuk suami dan anak-anak..Masa ni la kaum wanita ni mula memainkan peranan sebagai fashion designer separuh masa..Mula la fikir nak pakai baju style apa tahun ni..yela..kalau boleh nak je wat style yang unik-unik biar kita je yang pakai tahun tu..al-maklumlah,nak lain dari yang lain..Dah fikir pasal style,nak fikir pula tema warna tahun ni..Apa yang sering berlegar dalam fikiran adalah idea warna sedondon..Mula la bertekak dalam whatsapp group family nak booking color apa untuk family sendiri..habis riuh whatsapp group jadinya..yela..kaklong nak warna merah..kakngah nak biru..adik nak hijau..tetiba bila kita pun nak pakai hijau,mula la bergaduh-gaduh bagai..sampai merajuk la antara satu sama lain..huhu..best sangat ke dapat pakai warna yang sama je semua orang?

 

dondon1

dianaadha.blogspot.com

 

Dalam dok berangan sambil masak kat dapur tu,tetiba saya dapat satu idea menarik untuk tema raya tahun ni..Apa kata tahun 2016 ni kita cipta satu trend baru..kita tak gunakan idea sedondon tapi idea warna harmoni..lepas saya buat research dan pegi bertapa dengan encik google,saya dapat cari warna-warna pallete yang sesuai dan menarik untuk dijadikan idea warna untuk baju raya..Selalunya korang mesti gunakan warna yang sama untuk diri sendiri,suami dan anak-anak..atau pun satu family besar yang merangkumi family kaklong,kakngah,abang chik dan juga paksu memakai warna yang sama sebiji..bukan tak boleh tapi idea sedondon ni dah diguna pakai sejak dulu lagi..demi nak menyahut seruan 2020 di mana hanya 4 tahun lagi je,jom kita try ubah trend turun-temurun ni..(apa pulak kaitan warna baju raya dengan tahun 2020..hehe..hentam sajalah labu..)Apa pun,jom kita usha-usha dulu kombinasi warna yang menarik ni..

 

dondon2

 

dondon3

 

dondon4

 

dondon5

 

dondon6

 

dondon7

 

dondon8

 

dondon9

 

dondon10

 

dondon11

cketch.com

 

Amacam?cun kan kombinasi-kombinasi ni?memang cantik terutama warna-warna pastel..memang la leceh sikit nak merealisasikan idea ni tapi kalau berjaya,gempak tu raya tahun ni..mesti menarik gambar-gambar raya korang..Sesekali kita ubah la trend..berwarna-warmi sikit raya tahun ni..hehe..Kalau rajin,boleh la gi survey kain dekat gedung-gedung kain yang besar-besar tu..banyak sikit choice warna yang ada..tak pun,kalau malas nak jalan shopping kat luar,duduk je depan laptop,buka je facebook atau istagram,pilih la apa saja jenis baju dan warna yang korang suka..pastu match kan je baju suami dan anak-anak ikut panduan pallete kat atas..senangkan?Jadi,selamat mencuba idea baru dan selamat bershopping untuk anda semua..

dondon12

pinterest

 

dondon13

rotikaya.com