Terdapat banyak rekaan yang boleh dijadikan trend dalam dunia fesyen. Tak terkecuali kepada para muslimah yang ingin berpakaian mengikut trend terkini dan gaya moden pada masa kini. Semestinya bagi para wanita muslimah memerlukan pemakaian yang agak longgar untuk dipakai supaya masih mengikut cara pemakaian sebenar bagi para muslimah. Tidak kira sama ada anda semua ingin mengikuti trend fesyen terkini ataupun tidak, ianya tidak jadi masalah untuk anda kekal berpakaian mengikut citarasa masing-masing. Kita tak paksa semua orang ikut trend terbaru setiap tahun.

 

pinterest.com

 

Bagi wanita muslimah moden yang sentiasa inginkan kelainan dalam pemakaian setiap tahun, anda boleh cuba menggayakan baju oversized yang telah menjadi trend sejak akhir-akhir ini. Pelbagai jenis baju oversized yang anda boleh dapatkannya di kedai-kedai berhampiran anda, pusat membeli belah dan juga ada dijual di internet. Ada jenis kemeja, tshirt, sweater, baju knitwear, jaket dan hoodie. Baju oversized ini boleh dipakai dengan pelbagai gaya menarik yang menjadi trend cara penggayaannya. Jadi, disini saya akan kongsikan kepada anda cara pemakaian baju oversized muslimah yang berbeza-beza. Mari lihat.

 

Skinny jeans and High heels

Gaya dengan cara yang paling asas adalah memakai baju oversized dengan seluar skinny jeans dan kasut tumit tinggi. Anda akan kelihatan bergaya dan trendy walaupun ianya hanyalah pemakaian casual. Jadi, jika anda mahu gayakannya dengan gaya simple, anda boleh cuba dengan skinny jeans dan kasut tumit tinggi kegemaran anda.

 

pinterest.com

 

feedspot.com

 

Waist Belt

Jika anda tidak selesa dengan pakaian yang anda tidak biasa memakainya, anda boleh gayakannya dengan tali pinggang untuk tampak lebih bergaya dan tidak membosankan. Anda boleh memakai pelbagai jenis tali pinggang yang menarik dan banyak rekaan berlainan yang sesuai dengan baju oversized anda. Apatah lagi jika ianya kelihatan sangat besar pada anda. Dengan itu anda tidak akan nampak kekok dan selekeh apabila menggayakannya.

 

justtrendygirls.com

 

justtrendygirls.com

 

Tuck in

Anda juga boleh tuck in semua lebihan baju oversized anda itu ke dalam seluar anda jika baju itu nipis. Anda akan kelihatan kemas dan bergaya dengan gaya tuck in baju anda ke dalam seluar yang anda pakai. Tidak kira jenis seluar apa pun yang anda pakai, ianya masih sesuai dan tampil cantik apabila anda memakainya dengan baju oversized.

 

fustany.com

 

instagram.com

 

Tuck just a part of it

Jika baju oversized anda tebal seperti dalam gambar dibawah, maka tuck in kan sebahagian depan baju tersebut ke dalam seluar anda. Tidak perlu tuck in semua ke dalam seluar kerana ianya akan berbonggol dalam seluar dan anda akan kelihatan selekeh. Sudah menjadi trend terkini untuk semua orang tuck in hanya sebahagian baju ke dalam seluar masing-masing, tidak kiralah baju apa pun kerana ianya akan kelihatan bergaya dan trendy seperti gaya trend terkini yang menjadi ikutan ramai.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Pleated Skirt

Dan tentu saja untuk kelihatan hebat bergaya, pakai baju oversized anda itu dengan pleated skirt yang terdapat banyak di pasaran! Kecantikan yang ada pada pleated skirt yang menjadi trend pada masa kini akan menyerlahkan lagi gaya pemakaian baju oversized dengan skirt itu. Sama seperti seluar, skirt juga boleh anda tuck in kan baju tersebut ke dalamnya. Jika baju anda nipis, anda boleh tuck in kan semua dan jika baju anda tebal, tuck in kan sebahagian depan baju sahaja ke dalam skirt anda itu untuk tampil bergaya. Bosanlah asyik pakai seperti biasa tanpa tuck in kan? Jadi, beranikan diri anda untuk tampil menarik dengan trend terkini.

 

pinterest.com

 

pinterest.com

 

Cantik dan menarik kan? Saya harap artikel cara pemakaian baju oversized muslimah berbeza ini dapat memberi maklumat berguna tentangnya kepada anda semua dan buat anda terhibur. Baiklah, jumpa anda lagi pada artikel lain yang lebih menarik. Bye bye~