Pada masa kini telah pelbagai rekaan dalam dunia fesyen direka oleh pereka-pereka fesyen. Ada yang masih mengikut gaya zaman dahulu untuk dijadi fesyen terkini dan membuat sedikit perubahan yang menunjukkan gaya kemodenan zaman sekarang. Pelbagai trend yang dibuat untuk semua orang termasuklah untuk para muslimah di luar sana. Hijabis juga tidak ketinggalan mengikut gaya trend fesyen terkini dengan gaya muslimah mereka. Sekarang ini, ramai yang ingin bergaya dengan mengikut trend terkini yang boleh menepati citarasa masing-masing dan begitu juga dengan para wanita hijabis.
Sebagai seorang wanita yang bertudung, anda perlu ada pakaian trend terkini dalam almari pakaian masing-masing. Jadi, beritahu saya tentang 15 trend fesyen muslimah yang akan menjadikan diri anda kelihatan begitu bergaya. Berita baiknya adalah telah banyak trend dari tahun lalu masih kekal dan yang terbaru juga sangat cantik untuk kita gayakan. Jadi, tak akan banyak sangat shopping dan perbelanjaan, hanya gaya semula kan sahaja. Mari kita lihat apakah trend fesyen muslimah yang bergaya ini?
Striped style
Striped masih menjadi trend, dan anda boleh memakainya dalam banyak cara. Sama ada ianya kemeja atau seluar culotte, kedua-duanya akan kelihatan hebat. Jika anda bertujuan untuk kelihatan lebih kurus dan lebih tinggi gunakan striped jalur yang menegak, dan jika anda sudah tinggi dan langsing, maka anda juga boleh memakai striped jalur menegak.
Balloon sleeves
Balloon sleeves atau dinamakan lengan belon telah menjadi trend menarik untuk wanita bertudung juga. Jadi, pastikan anda memiliki sepasang untuk dipakai dalam kehidupan harian anda supaya dapat tampil menarik dan bergaya dengan sleeves yang berlainan.
Culotte pants
Seluar Culotte masih kekal menjadi trend pada tahun ini dan mereka sangat bergaya untuk majlis pagi dan petang. Bagi majlis di pagi hari, pakaikan ia dengan sepasang kasut yang bertutup atau kasut flat dan untuk malam pula gayakan ia dengan kasut tumit tinggi.
Monochrome
Monokrom tak akan pergi ke mana-mana kerana ianya masih menjadi stail trend terkini dan mungkin masih kekal bergaya untuk selama-lamanya. Hitam dan putih adalah gabungan sempurna untuk rupa yang bergaya dan canggih. Jadi, pakaikan pakaian anda yang berwarna putih dan hitam dalam satu masa untuk menunjukkan gaya monokromnya dengan gabungan warna tersebut.
Pleated skirts
Pleated skirt menjadi trend kegemaran setiap gadis berhijab yang tetap bergaya dan trendy dalam kehidupan harian. Jadi, pakai ia secara kasual atau dress up selagi boleh kerana ia akan kelihatan sama hebat dan menarik.
Pink Colour
Warna merah jambu kembali pada warna yang paling bergaya, lebih-lebih lagi pink pastel kerana warna pastel telah menjadi kegemaran wanita pada masa kini. Jadi, bersiaplah untuk memakainya dengan gaya hijabis anda yang hebat itu pada bila-bila masa dan kemana sahaja.
Athleisure
Athleisure bagi wanita bertudung juga berterusan menjadi big trend yang diingini oleh orang ramai pada masa kini. Athleisure adalah trend fesyen di mana pakaian yang di design untuk workout dan aktiviti sukan lain dipakai dalam tetapan lain, seperti di tempat kerja, di sekolah, atau di majlis kasual atau sosial yang lain.
Denim-on-denim
Anda semua tahu denim kan? Denim sudah digayakan sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi anda tahu tak tentang denim-on-denim? Ianya adalah pemakaian yang semuanya daripada kain jenis denim. Dari kemeja denim sehingga ke seluar jeans yang dipakai dalam satu masa. Denim-on-denim bukan hanya tip gaya yang cool. Ia juga merupakan trend pada masa kini yang sangat bergaya untuk wanita muslimah bertudung. Jadi, pada wanita bertudung juga boleh menggayakannya ketika ingin keluar berjalan ataupun pergi bercuti.
Olive green or khaki
Hijau zaitun atau khaki juga adalah warna yang trendy dan bergaya pada masa kini dalam dunia fesyen. Jadi, pakaikannya bersama tudung anda dengan bergaya.
Robes and long cardigans
Jubah dan kardigan panjang sangat mesra dengan gaya tudung dan ianya beruntung kerana ianya juga adalah gaya yang sangat bergaya pada tahun ini.
Ruffles
Betapa comelnya ruffles dengan tudung kan? Ianya sangat comel dan bergaya. Jadi, gayakan baju yang ruffles dengan tudung anda.
Artistic prints
Cetakan artistik adalah big trend yang baru pada tahun ini. Jadi, dapatkan jaket itu untuk diri anda dengan cetakan artistik yang pelbagai dan menarik.
Mom’s Jeans
Lupakan skinny jeans, trend itu sudah lapuk dan seluar mom’s jeans sudah menjadi trend terkini untuk dipakai pada masa kini. Dapatkannya dipasaran mahupun di internet.
Embellished slippers
Sandal dihiasi dengan pelbagai hiasan akan kelihatan selesa dan bergaya pada masa yang sama dengan pakaian hijab anda. Jadi, gayakannya ketika keluar berjalan dan dimana sahaja.
Mule
Kasut mule juga menjadi trend pada tahun ini. Ianya akan membuat pakaian hijab anda jadi bergaya dan comel. Mule adalah gaya kasut yang tidak mempunyai belakang atau kekangan di sekitar tumit kaki. Mules memiliki sejarah yang berlaku pada Rom Purba, walaupun ianya tidak popular dipakai secara umum hingga abad ke-16 Eropah.
Cantik dan menarik kan? Saya harap anda semua terhibur dan dapat mengetahui 15 trend fesyen muslimah yang bergaya pada masa kini. Anda boleh cuba menggayakannya untuk tampil bergaya dan trendy dalam kehidupan harian anda. Baiklah, sampai disini sahaja artikel saya pada kali ini dan jumpa lagi pada artikel lain yang lebih menarik. Daa daa~
Comments are closed.