Semua orang ada impian nak kahwen kan? Nak tamatkan zaman bujang orang kata. Bila nak kahwen je semua orang runsing na pilih baju pengantin jenis apa kan? Tambah tambah perempuan , semestinya menitikberatkan baju impian masing masing. Sudah pasti nakkan yang perfect di hari bahagia nanti . Mana taknya sekali seumur hidup je nak jadi raja sehari kan? Mesti nak kan yang terbaik . Ada yang impikan baju gaun , songket , dress dan macam macam lagi.
Jom kita tengok jenis baju pengantin kegilaan sekarang.
Ball Gown
‘Princess’. Haa, ini lah panggilan pada si pemakai baju gaun pada persandingan mereka. Semua orang tahu baju gaun ni sangat sangat cantik ! Nampak exclusive sangat. Sudah pasti mata tetamu semua akan terpaku melihat si pengantin ! Pasti ! Baju gaun ni sesuai digayakan pada majlis yang diakan di dewan atau di hotel.
Tambahan pula apabila gaun dihiasi lace glitter lagi menampakkan megah. Panjang labuh kebelakang dan kembang sekembangnya. Apabila si pengantin memilih untuk memakai baju gaun di hari persandingan , semestilah berkonsepkan ‘ tema enggeris’ ataupun bertemakan ‘fairytale ‘.
Selalunya baju gaun ini agak berat sebab banyak sangat aksesori, tetapi baju ini akan menjadi ringan kalau si pemakai dah bahagia bila tiba hari persandingan. Hehehe…
Songket Traditional
Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.
Sudah pasti kita semua tahu kan? Songket memang dari zaman nenek moyang kita dulu menggayakan songket. Cantik dan ayu sesiapapun pemakainya. Memang dikenali sebagai pakaian traditional budaya melayu kita di Malaysia.
Pasangan pengantin yang menggayakan songket di hari persandingan teramat lah ayu dan segak kedua empelai. Ianya sangat memukau pandanga orang lain. Walaupun simple tapi baju songket sendiri ada kelebihannya yang tidak menampakkan di mana yang simple tersebut.
Selalunya pada majlis persandingan pasangan yang memakai songket , pasti aka nada persembahan silat di hadapan pengantin tersebut. Baru lah jelas adat melayu kita yang penuh dengan kesopanan tersendiri. Songket ini ada terbahagi dengan beberapa jenis iaitu songket corak penuh , songket corak taburdan songket susunan bercorak.
Ha! Dah plan nak baju songket ke tu? Hehe..
Baju pengantin puteri perak
Setiap pakaian terikat dengan cara dan fungsinya kerana ia amat penting dalam menentukan adab, agama dan budaya yang disanjung tinggi.Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dulu kala melalui proses ubah ansur.
Hasil jalinan kebudayaan beraneka rupa, maka pelbagai jenis pakaian Melayu asli direka.Pakaian Puteri Perak misalnya, antara warisan tradisional yang masih tidak dilupakan generasi hari ini
Baju pengantin puteri perak ini memang menampakkan ‘ hipster’ .Tapi ini adalah inspirasi dari baju puteri perak sendiri. Bukan direka saja saja tanpa asal usul. Berbaju dress panjang dan dikenakan dengan seluar pula. Ini pun sudah dimoden kan sedikit dari yang asal baju nya. Jadi mana mana bakal pengantin yang ingin kan lain dari yang lain bolehlah mengenakan baju puteri perak ini di hari persandingan. Tambah tambah pula orang orang Perak tu. Hehehe.
Marilah kita membangkitkan pakaian traditional kita dari ianya tenggelam hilang macam itu sahaja. Baju ini juga diperbuat dari kain songket. Jadi memang akan menaikkan lagi budaya melayu kita.
Ini cuma beberapa contoh baju pengantin terkini , dan masih banyak lagi design design di luar sana yang meletop !
Apa lagi , pergi buru butik pengantin cepat . Hehe
Comments are closed.