Kini, semakin ramai remaja yang meningkat naik usia kian menjadi cantik dan pandai berhias diri. Dengan bermacam gaya dan fesyen terkini untuk para hijabista, Ianya akan mewujudkan kepelbagaian stail yang dilakukan hijabista untuk kelihatan lawa pada setiap masa.
Street Style
Untuk penggayaan yang simple dan fleksible. Gaya sememangnya ditonjolkan oleh para hijabista semuanya sangat lah popular. Sehinggakan keluarlah pelbagai stail yang ditunjuk ajarkan oleh wanita yang stail ni di laman youtube mahupun dipelbagai video lain. Sehingga kini, keluarlah produk pakaian yang dijual oleh hijabista yang terkenal dilaman sosial. Sememangnya jika dilihat gambar-gambar yang mereka updatekan dilaman sosial mereka sendiri pasti akan dicemburui oleh para gadis lain. Bukan hanya remaja sahaja yang pandai bergaya ya, tetapi wanita yang berkerjaya juga mengikuti stail yang kian popular ini. Ni dia contoh Stail Street oleh hijabista.
Hipster Style
Ya! Stail gaya yang terhangat pada masa kini ya. Sememangnya sangat kerap digayakan oleh para hijabista . Ia nya tampak garang apabila digayakan dan stylo. Semestinya juga bukan sahaja pakaian yang ade ala ala hipster tetapi restoran juga ade yang dijadikan suasana ala ala hipster. Menarikkan! Stail Hipster ini juga selalu digayakan oleh wanita ini ke tempat belajar dan juga bersiar- siar dimana-mana sahaja. Jadinya, apa salahnya kalau wanita selain dari yang muda menggayakannya. Kerana Stail ini sangat simple dan dengan kontra warna yang sekata. Ada juga yang menggunakan shawl sebagai hijab, turban dan tudung bawal. Segala gaya yang dilakukan sangat menawan apabila dihiaskan dengan apa apa alatan solek. Kerana wanita sangat ingin cantik! Ya, ni lah dia contoh Stail Hipster yang terhangat digayakan oleh wanita tak kira dari dalam mahupun luar negara.
Stail Casual
Stail Casual. Stail yang sering digayakan oleh Para hijabista untuk ke acara pelbagai dan ke tempat kerja. Ada tempat bekerja yang boleh berpakaian casual, jadinya cara inilah yang anggun apabila digayakan. Ha! best kan dapat pakai stail seperti ini. Simple, Mudah dan cepat sahaja memakainya. Hijabista yang masih bergelar pelajar juga ada yang menggayakan busana stail casual ini. Jadinya, tidak kira siapa pun dan dimana pun para wanita berada, Stail Casual ini sangat sesuai, cantik dan simple untuk dipakai pada bila bila masa. Nah! gambaran para hijabista yang menggayakan Stail Casual. Simple kan!
Stail Hijabista Turban
Jika ramai yang dengar mengenai Turban, pasti akan teringat penyanyi antarabangsa yang bernama Yuna. Ya! Stail Hijabista Turban ini sangat popular dan digemari oleh para wanita hijabista. Tidak kira menghadiri kelas mahupun ke tempat bekerja, ada saja yang menggayakan Turban untuk fesyen harian mereka. Turban bagi mereka yang memakainya mengatakan sangat selesa kerana dengan lilitan yang tersusun dan senang untuk digayakan. Untunglah kalau bentuk muka anda sesuai. Jika tidak, pasti pelik bagi mereka yang tidak pernah memakainya. Jadi, bagi mereka yang tidak pernah cuba memakai Stail Turban ini, apa salah nya mencuba sekali sekala untuk kelihatan berlainan. Kan! Apabila mencubanya pasti puas hati kerana tidak perlu mencemburui wanita cantik yang menggayakan Stail Turban ini. Kerana anda juga telah berani mencubanya. Tahniah! Jadi inilah dia Stail fesyen Turban ini.
Stail Hijabista Skirt
Ha, pasti ada yang sudah bosan dengan stail hijab yang asyik memadankan dengan seluar saja kan. Apa kata anda mencubanya pula dengan Stail Skirt. Ya! sememangnya sangat cantik. Tambahan pula skirt melambangkan kesopanan wanita berhijab. Jadinya apa salahnya menggayakan yang berlainan. Zaman yang berfesyen ini sangat lah mementingkan gaya yang semakin kelihatan moden. Para wanita kita ini pastinya akan laju mengikuti gaya gaya tersendiri yang terbaru. Lihat ni!, Cantikkan Stail Hijabista Skirt yang bersahaja ini. Cubalah okay!
Cantikkan Penggayaan Berlainan Setiap Wanita Yang Simple. Bermacam lagi gaya yang sangat terhangat digayakan oleh para wanita. Apa kata kita salah seorang yang menggayakannya. Menjadi cantik itu mudah, cuma perlu keyakinan. Okay!
Comments are closed.