APA CERITA BAJU RAYA 2015??

 

FESYEN HIPSTER!! Itulah angin yang sedang melanda para designer dan juga belia di Malaysia..Bukan sekadar pakaian kasual diberi sentuhan hipster,pakaian-pakaian raya turut tidak ketinggalan.. Ketika pertama kali saya mendengar tentang fesyen hipster,terasa begitu ketinggalan zaman..Mana taknya,saya tak tahu menahu lansung tentang fesyen hipster yang diperkatakan..Malu juga rasanya..Macam katak di bawah tempurung pula..Jadi saya meminta pertolongan Encik Google yang sentiasa membantu (asalkan ada internet la)..Google punya google, akhirnya saya bertemu dengan apa yang dicari..Hendak kata terkejut,terkejut la juga..Nak dikatakan lucu,memang saya ketawa sampai keluar air mata..Rupa-rupanya inilah yang dikatakan hipster..Rasanya saya lebih sanggup mendapat title ketinggalan zaman dari memakai baju-baju yang kononnya hipster sangat..#janganmarahye #huhu

Pada pandangan saya, fesyen-fesyen yang direka terlalu dimodenkan dan saya rasa para designer terlalu ingin menggunakan sentuhan hipster sehingga menyakitkan mata dan hati kebanyakan orang termasuklah saya sendiri..Antara contoh fesyen hipster yang terlalu dihipsterkan

apa1

https://yxji.files.wordpress.com/2015/07/b900.png

Aduhai..ayu betul baju melayu ni..siap ada riben hello kitty..dah la tu..baju pun dah ala-ala baju kurung kedah..tak sesuai betul..ini dinamakan fesyen confius jantina

 

apa2

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201506/18/145431j1z65zerw1j7iuij.jpg

Fesyen baju dah cantik..memang bergaya dan sesuai padanan baju dan seluar tapi yang spoilnya diselitkan pula apron..

apa3

http://tokeinfo.com/wp-content/uploads/2015/07/Raya-Fashion-6.jpg

Ini dinamakan fesyen disaster..dahla menggunakan fabric jarang..sleeveless pulak tu..kot iye pun nak menayangkan badan yang sado,tak perlu la sampai berfesyen begini..

apa4

http://media.popiyah.com/wp-content/uploads/2015/07/11719974_1588751744731520_1774124722_n.jpg

 

Jubah raya atau jubah mengandung?Hilang terus seni  jubah yang selalu ditampilkan sederhana dan sedap mata memandang..Elemen apakah yang hendak diguna pakai dalam penghasilan jubah ni? Nampak bercelaru sungguh..

apa5

http://hariraya.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=20010

Fesyen ni  memang tak nampak lansung macam baju melayu..Kat mana unsur-unsur baju melayu yang diterapkan?Terlalu bersahaja..

apa6

https://s3shopback.s3.amazonaws.com/my/wp-content/uploads/2015/04/fiziwoo-672×372.jpg

Sesuai ke pemakaian begini di hari raya?Nak pergi masjid pun susah..Idea dh menarik tapi terlalu berlebihan..

 

Bayangkanlah jika fesyen-fesyen begini berleluasa,pastinya hilanglah seri seni melayu yang diagung-agungkan..Dengan fesyen tak berlengan,seluar dan baju yang ketat dan  singkat,dimana letaknya adab kesopanan kita..dah la tu,sesuai ke nak dibawa sembahyang?hilang pula khusyuk jemaah-jemaah masjid dek kerana baju yang terlalu daring..nak rukuk dan sujud pun susah..ketat kat sana sini.. Apa salahnya jika mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan dalam berpakaian terutamanya di hari raya..Takkanlah kita hendak berjumpa sanak saudara dengan pakaian-pakaian begini?Maunya dijeling oleh mak-mak saudara kita..Silap-silap saudara-saudara duduk jauh sebatu..Sebelum berfesyen tu,fikir-fikirkanlah dulu ye..biar cantik di mata,cantik di hati juga Rasanya fesyen baju-baju raya yang sedia ada sudah menepati ciri-ciri yang besesuaian dengan agama dan juga adab kesopanan..Memang hidup ni perlu pembaharuan dan permodenan tapi dalam sesetengah perkara,biarlah ia kekal sederhana..Meh saya belanja beberapa keping gambar yang menarik hati saya.. .. Sangat sesuai di pakai di hari raya dan juga hari-hari biasa..tak la membazir sebab boleh dipakai berulang kali..tak la berkulat je dok dalam almari..

apa7

https://www.pinterest.com/pin/524599056573877231/

<a data-pin-do=”embedPin” href=”https://www.pinterest.com/pin/524599056573877231/”></a>
Kan bergaya dengan pakaian begini..sedap mata memandang..simple tetapi bergaya..Ramai la anak-anak dara menjeling ketika para jejaka berpakaian begini bertandang ke rumah..Mak-mak dara pun sibuk membooking utk dijadikan menantu

 

apa8

http://duniafarisya.com/wp-content/uploads/2015/06/scarffeya_outdoor-146.jpg

 

Cantik dan menarik bila perempuan berpakaian begini..menunjukkan kesederhaan di samping menyerlahkan keanggunan seseorang perempuan..