Adakah anda sentiasa memilih untuk membeli baju melayu yang telah siap dijahit? Baju tak sesuai dengan saiz badan, tak seperti yang anda bayangkan? Beli dan kemudian pergi pula hantar ke kedai jahit untuk di “alter”. Uish banyak kerja tu, minyak kereta lagi, masa lagi betul tak? Ha apa kata untuk tahun ini anda menukar pilihan dari membeli baju ready made kepada menempah baju dari tukang jahit, selalunya istilah order made digunakan ramai!
Nak tempah baju, tapi tidak reti untuk membeli kain ela? “Susah? Taktahu laa jenis kain apa yang sesuai, berapa meter kain ya kena beli? “, admin pasti ini adalah di antara soalan dan tanda tanya yang acap kali bermain di fikiran anda. Untuk memudahkan anda mendapatkan pakaian yang selesa dan bersesuaian dengan kehendak anda, suka untuk admin kongsikan serba serbi tips untuk memilih kain. LETS CHECK IT OUT!
JENIS FABRIK
Terdapat pelbagai jenis fabric yang boleh dan sesuai dijadikan baju melayu antara adalah seperti fabrik jenis kapas, crepe, jacquard, polyester, dull sastin, sutera, viscose, linen dan lain-lain. Bagi anda yang inginkan fabric yang selesa tapi masih kelihatan mahal bolehlah memilih fabric crepe kerana ianya nipis dan lembut malah tidak mudak renyuk. Selain itu, dull satin juga adalah sesuai kerana ia tidak seperti fabric satin biasa yang licin dan sukar digosok serta mudah renyuk. Satin adalah sesuai bagi anda yang suka menjadi tumpuan kerana fabriknya yang licin dan berkilat tetapi harus diingatkan fabric ini mudah melekat pada tubuh apabila berpeluh. Memilih fabric yang betul dan sesuai adalah penting untuk menentukan keselesaan anda apabila mengenakannya kelak.
KUALITI KAIN
Seperti yang diketahui umum, harga adalah berbeza bagi setiap jenis kain. Sudah tentunya kain yang berkualiti, tahan lama, dan lebih selesa dan sejuk, harganya akan lebih mahal berbanding dengan kain yang lebih murah. Tetapi tidak salah memilih kain yang murah asalkan anda pandai memilih dan menilai kualitinya yang tersendiri. Adalah disarankan bagi anda lelaki untuk memilih kain yang lebih selesa dan kualiti yang lebih baik kerana bukannya selalu lelaki memakai baju melayu ini betul tak? Berbeza dengan wanita, mereka boleh menggayakan baju kurung setiap hari termasuklah ke pejabat atau ke tempat lain. Jadi bagi Hari Raya kali ini apa salahnya kita laburkan sedikit wang untuk memakai pakaian dari kain yang berkualiti dan selesa. Malah boleh ulang guna baju tersebut pada bila-bila majlis keramaian yang lain.
SAIZ BADAN
Kebiasaannya untuk ukuran kain ela dalah 4 meter bagi setiap satu pasang baju melayu. Sekiranya anda berbadan besar sedikit sesuailah membeli sekitar 4meter setengah manakala bagi anda yang memiliki badan standard/ free size lebih elok untuk membeli 4 suku meter kain ela. Untuk makluman, ukuran panjang empat meter sudah cukup untuk menghasilkan sepasang baju melayu tetapi sebagai langkah berjaga jaga dan untuk memudahkan kerja tukang jahit untuk memotong adalah lebih baik dilebihkan sedikit kainnya. Nak lebih senang, anda hanya tanya sahaja tukang potong kain di kedai kain tu, insyallah mereka lebih arif tentang berapa banyak kain yang diperlukan atau boleh juga bertanyakan kepada tukang jahit yang anda ingin menempah. Kini, di Malaysia terdapat pelbagai jenis kain yang boleh didapati antaranya adalah seperti Jakel, Nagoya, Kamdar, Gulatis, Rawang silk dan sebagainya.
TUKANG JAHIT
Nak tempah baju tapi tidak tahu caranya? Mudah sahaja, terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk anda menyiapkan dan menempah baju dari tukang jahit ini.. Pertama, anda bolehlah ke kedai jahit untuk di ambil ukuran badan oleh tukang jahit tersebut atau kedua, anda juga boleh membawa baju melayu yang sudah siap sebagai contoh untuk tukang jahit menyiapkan baju melayu baru anda. Terdapat dua jenis lazim baju melayu iaitu cekak musang dan teluk belanga/tulang belut. Cekak musang adalah sesuai diagayakan bersama sampin dan songkok dan sesuai untuk ke majlis formal, Hari Raya dan pelbagai majlis keramaian yang yang lain. Manakala teluk belanga adalah bagi mereka yang lebih suka pakaian yang lebih simple dan tulang belut adalah sama seperti teluk blanga tetapi bezanya adalah pada bahagian leher jahitan yang digunakan adalah jenis tulang belut. Kini terdapat lambakan jenis baju untuk lelaki yang sesuai digayakan pada Aidilfitri selain baju melayu iaitu, Kurta dan juga jubah.
Pejam celik pejam celik tak lama lagi kita akan menghadapi bulan Ramadhan. Apa kata sebelum Ramadhan tiba, kita survey kain dan terus beli untuk tempah dengan tukang jahit. Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk menempah. Lebih cepat anda tempah, lebih cepat anda dapat baju. Tukang jahit kebiasaannya akan dihujani tempahan untuk hari raya sekitar dua atau tiga bulan sebelum tiba Aidilfitri. Jadi apa tunggu lagi, mari survey kain dan terus menempah dengan tukang jahit sekarang!
Comments are closed.