Assalamualaikum kesayangan semua! Amacam dah ready untuk hadapi bulan Ramadhan tak? Pejam celik pejam celik haa sekejap je kan dah nak masuk bulan puasa. Bila bercakap pasal bulan puasa ni, mesti ramai yang dari awal sudah membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri kan.
Suka untuk admin kongsikan pada ruangan kali ini tentang, 10 Jenis Fesyen Baju Kurung yang mendapat tempat di hati para muslim dan muslimah di Malaysia. Malah, bukan hanya untuk muslimah sahaja, tetapi turut menarik minat kaum Cina, India dan sebagainya. Hebat betul kan pengaruh pakaian Melayu ni hehe =)
Antara fesyen baju kurung pilihan 2017 yang Meletop dapat dilihat seperti berikut :
- KEBAYA
-Kebaya merupakan salah satu pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita di Malaysia dan juga Indonesia dan pada kebiasaannya digandingkan bersama batik, sarung, atau songket dan juga selendang. Terdapat pelbagai jenis baju kebaya antaranya Baju Belah Kebaya Panjang, Baju Kebaya Riau-Pahang, Baju Kebaya Kota Bharu dan lain-lain. Kini, Baju Kebaya ini semakin mendapat tempat di hati seluruh wanita Malaysia malah digunakan di hampir pelbagai majlis dan sesuai digayakan samada pada Hari Raya Aidilfitri malah ke majlis perkahwinan.
- BAJU KURUNG MODEN
-Baju Kurung Moden ialah baju kurung yang dimodenkan dengan mempunyai potongan badan pada bahagian pinggang baju. Pada kebiasaannya, baju kurung ini adalah dari bahagian leher sehingga lutut dan dipadankan dengan kain simple seperti kain lipat depan, kain kipas belakang, kain ‘mermaid cut’ dan pelbagai lagi. Selain itu, baju kurung moden juga dapat dikategorikan untuk baju kurung yang ditambah dengan pelbagai fesyen di baju seperti lipatan bertindih, dan sebagainya. Baju kurung moden ini mendapat permintaan yang banyak dan sesuai digayakan ke pejabat malah untuk majlis lain juga.
- MINI KURUNG
-Mini kurung bermaksud baju kurung tradisional ataupun baju kurung moden tetapi ‘mini’ iaitu ukuran bajunya adalah pendek dari paras leher sehingga ke bahagian peha. Baju kurung ini adalah antara baju kurung yang sangat popular di kalangan pekerja syarikat dan juga pelajar universiti atau kolej kerana design nya yang simple tetapi masih dapat kelihatan anggun dan ayu.
- BAJU KURUNG PEPLUM
-Baju kurung peplum ialah baju kurung yang di modenkan dan uniknya baju kurung ini, pada bahagian bawah dada sehingga paras pinggang adalah kembang. Baju peplum ini dapat menampakkan betapa elegan dan menariknya wanita melayu dan pakaian melayu. Terdapat lambakan baju peplum di seluruh Malaysia kerana permintaannya yang sangat tingi. Bukan hanya di kalangan golongan dewasa sahaja malah untuk kanak-kanak juga adalah sangat popular.
- BAJU KEBAYA PEPLUM
- Baju kebaya peplum adalah jenis baju kurung yang paling trendy kini di Malaysia. Ia merupakan baju kebaya yang dipadankan bersama design baju peplum. Mempunyai belahan di tengah baju, dan di bahagian pinggang sehingga peha adalah kembang seperti design peplum.
- DOLL KURUNG
- Doll kurung adalah baju kurung yang mempunyai potongan kembang dari bahagian dada sehingga pinggang/peha. Baju design ini adalah sangat popular dari bermula dari tahun 2016 dan semakin digemari pada 2017. Mendapat tempat di hati kebanyakan rakyat Malaysia.
- KURUNG SAREE
- Baju Kurung Saree adalah baju kurung moden yang kainnya adalah dari kain Saree. Disebabkan design kain saree dan material ini adalah sangat cantik dan unik , malah warnanya yang menyerlah, ia mendapat permintaan ramai.
- PLEATED BAJU KURUNG
-Pleated baju kurung adalah baju kurung yang mempunyai banyak lipatan dan material dari pleated design. Baju yang unik ini juga turut mendapat permintaan banyak pada tahun 2017 ini.
- KURUNG KIMONO
-Baju Kurung Kimoni adalah di inspirasikan dari baju tradisional Jepun iaitu Kimono. Bahagian tengah baju ini terbelah dan mempunyai tali di bahagian pinggang untuk di ikat seperti kimono.
Kainnya pula adalah dari pelbagai design seperti mermaid design cut, kain belah tengah di hadapan dan sebagainya.
- JUBAH MODEN
- Jubah atau Dress Labuh atau lebih popular dengan nama ‘Maxi’ ini juga adalah sangat popular sepanjang tahun untuk digayakan. Jubah adalah sangat selesa digayakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk semua kategori umur.
Okay, ini adalah sedikit sebanyak fesyen Baju Kurung yang popular pada tahun 2017 ini. Baju Kurung Melayu kini makin banyak permintaan dari dalam dan luar negara malah telah dikomersialkan dalam pelbagai bentuk. Haish admin dah rambang mata nak pilih design yang mana untuk Raya Aidilfitri tahun ni. Boleh tak nak semua design ni? (Amboi tamaknya, nampak tak) hehe. Kalau admin nak semua design ni, anda pula bagaimana? Yang mana satu pilihan hati anda? Okay, untuk setakat ini perkongsian admin kali ini, insyallah kita jumpa lagi di ruangan seterusnya dengan topik yang lebih menarik, tertarik, terbaik!
Till then, take care!
Comments are closed.