Pakaian Tradisional Melayu: Baju Melayu
Baju Melayu di pakai oleh Tun Mahathir.
Tun Mahathir kelihatan segak memakai Baju Melayu lengkap bersama-sama Tun Dr. Siti Hasmah yang memakai Baju Kurung yang sepadan warna dan cantik.
Baju Melayu (Baju Muslim) dan Baju Kurung (Baju Muslimah) adalah pakaian rasmi Bangsa Melayu di Malaysia. Kita boleh bandingkan kepentingannya dengan jubah putih bangsa Arab Saudi. Baju Melayu menjadi kebanggaan Bangsa Melayu dan mencerminkan kesetiaan dan keluhuran hati sebagai seorang Melayu.
Di Negara Malaysia ini, Baju Melayu di pakai di dalam pelbagai majlis. Antaranya ialah majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis tunang, majlis nikah, majlis bersanding, majlis-majlis agama, Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Haji, berkunjung ke istana, waktu solat di masjid dan sebagainya. Hari yang paling wajib memakai Baju Melayu dan Baju Kurung adalah pada Hari Raya Puasa atau Aidilfitri.
Baju Melayu
Baju Melayu secara tradisinya adalah gabungan yang berikut:
- baju berlengan panjang hingga mencecah lengan tangan (selalunya kain polyester/kain kapas campuran). Dua rekaan, teluk belanga atau cekak musang. Cekak musang adalah rekaan 5 butang dan teluk belanga adalah 1 butang seperti baju melayu negeri Johor.
- seluar panjang mencecah buku lali (kain yang sama dengan baju dan selalunya berpoket depan dan belakang)
- sehelai kain benama “Samping” yang di pakai atas seluar dan meliputi bahagian dari pinggang hingga lutut. (diperbuat oleh kain tenunan berkualiti). “Kain Sarung “ pula adalah sehelai kain tanpa tenunan.
- topi yang benama “songkok”
- sandal kaki atau “capal/chapel” (kasut atau selipar jenis lin juga boleh dipakai)
- aksesori: butang baju melayu yang unik dan dipakai dengan kolar tulang belut.
Kesahihan Baju Melayu
Baju Melayu yang dipakai oleh orang-orang kenamaan di Malaysia adalah bercorak kemas dan mengikut rekabentuk yang sahih atau “original”.
Secara am, orang-orang Melayu mengakui corak asas untuk Baju Melayu. Oleh kerana Baju Melayu adalah secara asasnya mesti menutup aurat, itu adalah peraturan asas.
Kedua adalah berkaitan dengan penampilan bangsa orang Melayu Malaysia mengikut adat. Corak pemakaian Baju Melayu sahih adalah seperti yang disenaraikan di atas. Kesopanan dan adat orang Melayu berkait rapat dengan corak Baju Melayu. Bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu amat sering memakai Baju Melayu lebih-lebih lagi apabila keluar ke pasar atau ke pekan. Kita mungkin bertanya mengapa di bawah cuaca yang panas di Malaysia, baju melayu berlengan panjang? Atau mengapakah Baju Melayu harus beserta dengan songkok. Gabungan pemakaian dan corak harus dilihat dari sudut penampilan yang sopan dan mencerminkan bangsa melayu yang bersikap merendah diri dan konservatif.
Baju Melayu secara asasnya adalah serupa, tanpa bahu yang tinggi mahupun lengan pendek. Apatah lagi, memakai baju melayu tanpa samping atau sarung, kita akan dapat lihat penampilan yang kurang kemas atau terlalu kasual. Secara tradisi, terdapat 3 poket baju di hadapan baju melayu. Tanpa poket yang tiga ini, Baju Melayu mungkin seakan-akan baju traditional bangsa lain. Ketelitian corak harus di titikberatkan sekiranya ingin menempah baju melayu. Asas rekabentuk tidak harus di ubah secara agresif kerana Baju Melayu sudah diiktiraf dan perubahan rekabentuk ketara akan menyebabkan baju itu mungkin kehilangan identiti Melayu.
Sebagai contoh, kedai-kedai baju melayu ternama sentiasa mematuhi asas corak dan rekabentuk asli Baju Melayu yakni Baju Melayu “authentic”. Oleh kerana yang demikian, mereka hanya merubah corak serba sedikit akan tetapi tidak akan merubah secara agresif. Gambar di bawah adalah rekabentuk asli yang diterima oleh orang-orang Melayu.
Kita haruslah berbangga mempunyai baju tradisi yang dikenali oleh seluruh dunia. Malah di dalam Malaysia, baju tradisi ini juga dipakai ke tempat bekerja pada hari jumaat, akan tetapi secara lazimnya samping atau kain sarung tidak dipakai.
Rekaan Baju Melayu modern kini ada yang terlalu ekstrim dan terlalu berlainan dengan corak asal. Corak Baju Melayu yang diubah secara keterlaluan akan menyebabkan campuran konsep yang mengelirukan. Adakalanya, hamper-hampir kelihatan seperti baju yang terlalu kasual. Pereka-pereka harus berhati-hati tidak menyerapkan budaya bangsa lain ke dalam baju melayu ini seperti fesyen dari negara Timur Tengah dan negara Barat.
Rekabentuk moden yang agresif seperti gambar-gambar di bawah:
Hang Tuah adalah pendekar Melayu legenda. Menurut legenda Melayu, Hang Tuah pernah berkata “Tidak Melayu Hilang Di Dunia” yang membawa maksud Bangsa Melayu akan terus mempertahankan nilai-nilai murni bangsa dan identity bangsa di mata dunia sampai bila-bila.
Dunia terus menerus mengalami perubahan, namun sekiranya kita lihat pakaian Kimono Jepun, terdapat jenis Kimono yang moden dan ada yang konservatif. Akan tetapi, rona dan konsep Kimono masih dikekalkan. Sekali pandang, kita pasti tahu ia adalah Kimono Jepun. Begitulah jua Baju Melayu yang mencerminkan Bangsa Melayu yang sepatutnya di jaga dan dipertahankan setiap masa. Kemajuan dan pembaharuan haruslah di iringi oleh pendirian dan penerapan budaya yang kukuh.
Comments are closed.