Assalamualaikum readers!

Macam mana dengan persediaan Hari Lebaran 2017 anda, dah mula buat perancangan menempah baju untuk keluarga tercinta ke? Belum lagi? Anda masih teragak-agak untuk menempah atau membeli pakaian siap sahaja? Takpa, jangan risau sebab topik kita kali ini, suka untuk admin kongsikan mengenai beberapa keistimewaan dan kelebihan bagi anda yang menempah baju dan pakaian.

pinterest.com

 

Keistimewaan dan kelebihan menempah pakaian adalah seperti berikut :

 

  • Saiz
    • Saiz merupakan faktor yang paling besar dalam penempahan sesebuah pakaian. Sesetengah individu yang memiliki saiz yang bukan standard seperti biasa, sebagai contoh, terlampau tinggi, terlalu pendek, terlalu kurus atau sebagainya sering kali menghadapi masalah mendapatkan pakaian yang bersesuaian. Kini, saiz bukan lagi punca masalah utama kerana ia dapat diselesaikan dengan membuat tempahan pakaian berpandukan saiz individu. Bukan sahaja boleh mendapatkan baju yang sepadan dengan saiz anda malah anda juga boleh memilih sendiri ukuran yang anda inginkan dengan hanya membuat permintaan dari tukang jahit tersebut.

 

  • Jenis kain( Material)
    • Setiap pakaian mempunyai jenis kain yang berbeza sifatnya. Ada pakaian yang dihasilkan daripada kain jenis kapas(cotton) sesuai bagi anda yang inginkan keselesaan dalam pemakaian baju, terdapat juga pakaian dari kain jenis satin yang popuar dikalangan individu yang mahu menampakkan keanggunan dan dapat membuatkan pakaian itu kelihatan mahal lagi eklusif. Pemilihan jenis kain bagi pakaian adalah penting bagi setiap individu bersesuaian dengan majlis yang ingin dihadiri. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menghadiri majlis perkahwinan, pemilihan fabric/kain jenis tidak terlalu tebal dan tidak panas adalah suatu kemestian lebih-lebih pada majlis keramaian seperti ini. Selain itu, sekiranya anda adalah pelajar kolej yang ingin mengenakan baju kurung, anda boleh memilih kain cotton untuk mendapatkan keselesaan sepanjang menghadiri kuliah. Jadi, bagi individu yang ingin menempah, anda boleh memilih sendiri jenis kain/fabrik yang anda mahukan bersesuaian dengan tema dan jenis majlis yang anda ingin hadiri.

 

  • Fesyen/design
    • Pakaian yang ditempah dari tukang jahit/tailor khas oleh anda adalah sangat istimewa kerana anda boleh memilih sendiri fesyen yang anda mahukan. Malah bukan setakat memilih sendiri, anda juga boleh mereka pakaian yang anda mahukan dan tukang jahit menghasilkan pakaian tersebut untuk anda. Samada pakaian jenis simple ataupun pakaian yang sangat rare sudah tentu dapat dihasilkan sekiranya anda menempah dari tukang jahit.

 

  • Kualiti
    • Kualiti pakaian yang dihasilkan dari tempahan dari tukang jahit sudah pastinya adalah lebih baik dan kemas berbanding dengan pakaian yang telah siap yang terdapat dikebanyakan kedai. Pakaian yang jahitannya kemas dan berkualiti sudah tentunya dapat tahan dengan lebih lama berbanding jahitan biasa yang tidak berkualiti.

 

  • Ekslusif made
    • Uniknya pakaian yang ditempah ini adalah, tidak akan ada individu lain yang akan memiliki koleksi/jenis pakaian yang sama seperti anda. Siapa tak nak menjadi tumpuan betul tak? Jadi, anda tidak lagi perlu risau sekiranya bersia-siar di taman atau mall dan terserempak dengan orang lain yang memakai pakaian sama seperti anda. =)

 

  • Aksesori tambahan
    • Bagi pakaian/ baju yang ditempah anda boleh membuat permintaan kepada tukang jahit untuk menambah aksesori yang anda inginkan. Sebagai contoh, anda mahu menampal kain lace di pakaian anda atau menambah corak manik di lengan baju anda, dan anda hanya perlu beritahu kepada tukang jahit dan mereka akan merealisasikan pakaian mengikut permintaan anda.

 

  • Sedondon
    • Kebiasaannya pada Hari Lebaran setiap keluarga akan memilih tema pakaian yang sedondon untuk digayakan bersama. Ini lah masa yang sesuai untuk membuat tema pakaian warna/ fesyen yang sama dengan hanya menempah dari tukang jahit.

 

  • Rundingan dari tukang jahit
    • Bagi sesetengah individu yang ingin menempah pakaian tetapi tidak tahu untuk mengenakan fesyen dan saiz yang bersesuaian, anda tidak perlu khuatir dan risau lagi kerana tukang jahit boleh membantu membuat rundingan dengfan anda tentang fesyen yang bersesuaian fizikal anda.

 

  • Tempoh siap
    • Kebanyakan pakaian yang ditempah memerlukan masa untuk siap. Bagi sesetengah tukang jahit, mereka boleh menyiapkan tempahan dari anda mengikut masa yang anda inginkan.

 

pinterest.com

 

 

pinterest.com

 

Dapat dirumuskan disini , tempahan pakaian mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. Admin pun taksabar nak tambah lagi tempahan baju hari Raya 2017 ni. Dua helai dalam proses, ada 3 lagi menunggu. Amboi raya sakan, awal bebenor tempah kan. Biar cepat, jangan lewat . Jom dapatkan harga dari tailor di MyBaju sekarang! Hehe.

Sekian sahaja, untuk perkongsian kali ini, semoga bertemu di ruangan seterusnya =)