Assalamualaikum semua!

Di ruangan kali ini suka untuk admin kongsikan sedikit sebanyak tentang Kain Kapas dan jenis-jenis kain kapas yang ada supaya readers semua dapat membezakannya dengan lebih baik =)

 

Kain kapas atau lebih dikenali dengan Kain Cotton merupakan antara jenis fabrik yang popular dan paling laris terutamanya di kalangan rakyat Malaysia. Kain yang diperbuat daripada serat kapas ini sudah pastinya mempunyai tekstur yang selesa dan mudah di cuci. Oleh kerana sifatnya yang positif itu,ia dapat dipadankan dengan cuaca di Asia sekaligus dapat memberikan kelebihan kepada kulit kita untuk bernafas. Antara jenis bahan yang sesuai digunakan daripada kapas ialah pakaian seperti blouse, baju kurung, jubah, malah sesuai dibuat cadar dan sebagainya.

 

Kelebihan kain kapas (Cotton) adalah seperti yang berikut :

  • Mudah diserap dan nyaman.
  • Fabrik yang ringan.
  • Kain yang sejuk.
  • Senang dicuci sekiranya terdapat kotoran makanan atau minyak.
  • Boleh di basuh menggunakan tangan mahupun dry clean.
  • Tidak mudah ronyok.

 

Tahukah anda, kain cotton ini mempunyai pelbagai jenis? Di antara kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian adalah seperti berikut :

 

  • Kapas Jepun ( Japanese Cotton)

 

  • Cotton Jepun merupakan kain yang istimewa kerana kualitinya yang baik, dan sifatnya yang halus serta ringan. Sekali pandang, ia seakan akan kain cotton biasa tetapi sebenarnya terdapat ciri khusus pada fabrik ini iaitu daya serapan peluh yang baik disamping harganya yang lebih mahal dari cotton lain di pasaran disebabkan permukaan teksturnya yang lebih halus. Warna pada Kain cotton ini juga lebih tahan lama dan pilihan warna kain cottonnya boleh menampakkan usia muda sesuai dipakai oleh semua kategori umur.

 

pinterest

   pinterest

 

   2)  Kapas Paris ( Paris Cotton)

  • Kain jenis ini memiliki ciri-ciri yang sama seperti Japanese Cotton tetapi yang membezakannya adalah ianya lebih nipis. Kebiasaannya kain ini digunakan untuk membuat pakaian seperti blouse wanita, jubah ataupun tudung dan ia merupakan kain yang yang popular selepas kain Cotton Jepun. Untuk makluman, kain Paris Cotton mudah mengerbang apabila ditiup angin kerana sifatnya yang sangat ringan dan nipis.

pinterest

   

minidolls

 

  3 )  Kapas Satin ( Cotton Silk)

  • Terdapat dua jenis cotton silk iaitu, jenis tebal dan juga nipis. Sifat-sifat yang terdapat pada kain cotton jenis Satin ini ialah :
  1. Permukaan yang berkilat.
  2. Harganya adalah lebih mahal tetapi tidak semahal cotton jepun.
  3. Kurang menyerap peluh.
  4. Walaupun dicuci selalu warnanya tetap tahan lama.

 

fabriclore

 

plazaar    

 

4)  Cotton minyak

  • Cotton ini bersifat seperti cotton yang lain tetapi permukaannya seakan berminyak namun begitu kilatan yang terdapat pada kain ini tidak sama seperti Cotton Silk.
  • Ciri- ciri cotton ini adalah seperti berikut :
  1. Daya serapan peluh yang baik.
  2. Kilatannya akan berkurang sekiranya selalu dicuci.
  3. Harganya sama seperti cotton biasa.

 

rosemuslimah

 

5) Cotton biasa

  • Terdapat pelbagai jenis corak dan motif seperti abstrak, bunga dan lain-lain.
  • Warna yang tahan lama.
  • Harga yang lebih murah berbanding jenis cotton yang lain

 

bajuspot

 

Wah banyak sebenarnya jenis kain cotton ini kan. Oleh sebab readers semua da tahu, jom jangan tunggu lagi, mari kita borong kain-kain ini dan membuat tempahan di MyBaju mengikut style dan design yang diinginkan! Sekian sahaja perkongsian admin untuk kali ini, semoga bertemu di ruangan seterusnya. Take care!