8 Mac 2016 adalah Hari Wanita Sedunia..So,rasanya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di dunia ini terutamanya wanita yang bergelar ibu..Jasamu sangat dikenang..Aik..jangan marah ye bila saya mengutamakan wanita yang bergelar ibu..Ada sebabnya dan sebabnya adalah berkaitan dengan topik pada hari ini..berbelit tak ayat saya?hehe..Semenjak dua menjak ni viral tentang isu menyusukan anak di public..Ramai yang salah anggap tentang permasalahan ni kerana ibu-ibu ini disalah anggap mengambil tindakan sambil-lewa menyusukan anak di mana sahaja walaupun sesetengan tempat menyediakan nursing room..kebanyakan orang menganggap menyusukan anak secara public adalah perkara yang tak patut dan dianggap tidak senonoh..Rasanya isu ini timbul dari orang yang tidak mempunyai anak atau mempunyai anak tetapi menyusukan anak menggunakan susu formula..Mereka ni adalah golongan yang sangat tak memahami bahawa betapa susahnya nak mencari baby room untuk nak breastfeed baby yang sedang lapar..Ini cerita baby ye..Bukan kanak-kanak yang dah boleh paham bila kita suruh dia sabar kejap bila diorang lapar..Lagipun,dalam sebiji shopping complex yang besar tak ingat tu,ada sebiji atau dua biji je area yang ada nursing room dan nak tambah tensen lagi nursing room tu diorang wat terceruk rantau mana ntah..jauh tak hengat..huhu..sian ibu-ibu ni berlari-lari anak nak ke nursing room untuk laksanakan tanggungjawab pada anak kesayangan mereka..

 

nursing1

fashionvalet

 

Apabila isu ni semakin meruncing,maka keluarlah idea-idea bernas dari pereka-pereka pakaian untuk mereka pakaian yang mesra penyusuan bayi..Maka wujudlah nursing jubah,nursing blouse yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak..Tak perlu lagi ibu-ibu ni nak menyelak pakaian atau membuka butang untuk menyusukan anak..Hanya perlu buka zip dan cover dengan hijab supaya lebih terlindung pemandangan tersebut..Jangan pula ada mata yang gatal nak tengok juga ye..Ibu-ibu ni dah bersusah payah cover,korang suka-suki je nak jeling-jeling tengok..huhu..

 

 

Apa yang paling saya suka ialah friendly nursing jubah..Boleh dikatakan kebanyakan jubah yang ada di pasaran mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk breastfeeding mommy..Jubah-jubah ini direka dengan begitu trendy sekali dan penggunaan warna juga amat menarik..Jubah-jubah begini bukan sekadar boleh dipakai oleh ibu yang menyusukan anak tetapi sesiapa saja boleh memakainya..Ia adalah baju Muslimah yang sangat universal serta mampu milik..Kalau menjengah butik-butik eksklusif,memang terliur dibuatnya bila tengok pada dress jubah yang super cantik tetapi bimbang pula susah nak pakai bila susukan anak..tetapi bila dibelek-belek,kebanyakan jubah adalah nursing jubah..leganya hati..boleh la borong 10 helai..luruh la rambut encik suami..haha..Memang sangat melegakan hati kerana dulu jubah bukan pilihan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak..mana taknya,bila nak susukan baby,susah nak selak baju sampai berkedut-kedut jadinya..Bayangkan la bila nak keluar rumah bukan main licin lagi baju tapi bila turun je dari kereta,mak ai..kedut seribu jadinya..huhu..last-last ibu-ibu ni terpaksa la pendam je keinginan nak bergaya dengan jubah ni..

 

Apa yang saya perasan tentang nursing jubah atau nursing blouse ni,setiap rekaan direka selepas meniktitik beratkan pelbagai isu terutamanya hiasan pada baju dan juga material..Baju-baju ini direka dengan hiasan yang paling minima atau tiada lansung hiasan tetapi tetap cantik disebabkan oleh kebijaksanaan pereka membentuk potongan baju..yela kan..kalau banyak sangat hiasan seperti manik atau sulaman,dikhuatiri akan mencederakan bayi pula..karang bercalar-balar pula badan baby tu…huhu.. Anyway,thanks a lot kepada para pereka friendly nursing clothes especially yang mereka pakaian-pakaian Muslimah sebab berjaya mencipta sesuatu untuk memudahkan pada ibu yang menyusukan anak tetapi sangat menyukai jubah/blouse..Di samping dapat melaksanakan tugas sebagai seorang ibu,dapat juga melaksanakan syariah sebagai seorang Muslimah..