Assalamualaikum dan salam berhujung minggu buat semua yang bercuti pada hari Ahad ni..Sape yang tengah keje,selamat bekerja la ye..hehe..Ntah kenapa bangun pagi ni tetiba rasa gatal-gatal tangan nak menaip lak..agaknya tangan kena gigit semut semalam,tu yang gatal tu..huhu..apala yang saya melalut ni..ok..back to the real story..saya semalam keluar jalan-jalan..shopping-shopping sikit..sambil-sambil tu,saya dok perhatikan juga fesyen-fesyen rakyat Malaysia ni..al-maklumlah,nama pun blogger untuk baju..takkan nak usha makanan lak kan..Apa yang menarik minat saya ialah seorang gadis yang memakai baju kebaya biru..terdetik dalam hati saya perasaan kagum dengan keindahan pakaian tersebut..Baru saya perasan bahawa saya dah lama tak melihat para wanita mengenakan busana tersebut..ke manakah menghilangnya fesyen baju kebaya dimana bagi saya fesyen ni sangatlah menarik sebab ia menonjolkan kesopanan serta kelembutan si pemakai..Rasa sayang pula bila mana fesyen baju kebaya ni tidak dipopularkan dan tak menjadi pakaian pilihan si wanita..Bagi saya baju kebaya ni agak mirip dengan baju kurung tetapi yang hairannya kenapa hanya baju kurung yang menjadi pilihan untuk dipakai?
Mengikut wikipedia, baju kebaya didefinisikan sebagai pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia, Singapura, Malaysia dan Brunei. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Dipercayai kebaya berasal daripada negara Arab. Orang Arab membawa baju kebaya (yang Arabnya “abaya”) ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu tersebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah berlakunya asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat. Jadi sejarah baju kebaya telah lama berzaman dahulu lagi..Dipakai pada zaman pemeritahan raja-raja Melayu oleh kaum kerabat diraja..
Pakaian yang mirip yang disebut “nyonya kebaya” diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut “kasut manek”. Kebaya nyonya dipakai secara meluas di negeri Melaka..Jika anda berjalan di Melaka anda dapat lihat deretan kedai yang menjual baju kebaya nyonya ni..saya pernah la masuk kedai-kedai ni sebab tertarik dengan kecantikan baju ni..teringin pun ada nak memakainya..tapi melihat pada harganya,terus memendam perasaan je la..hehe..harganya agak mahal juga tapi sesuai la dengan pembuatannya yang halus serta material yang selesa..Setiap corak disulam dengan ketilitian..Jadi,dapat mejamu mata pun saya dah cukup berpuas hati..Ada rezeki,suatu hari nanti saya pasti akan beli sehelai..
Bila sebut baju kebaya,saya teringat kepada zaman kanak-kanak saya..Ayah saya berasal dari Kelantan..Jadi ketika saya kecil dahulu,makcik-makcik dan sepupu-sepupu saya sering memakai baju kebaya terutama ketika menghadiri majlis-majlis keramaian dan juga pada hari raya..Pakaian ni menjadi kelaziman kami untuk dipakai ketika raya sebab nenek saya mendedikasikan masa dan tenaga untuk menjahit sendiri baju kebaya untuk kami..Baju kebaya ini dihiasi pula dengan keronsang emas di bahagian hadapan baju,menambahkan lagi seri baju..Tetiba teringat pula pada kampung dan juga arwah nenek saya..sapa yang potong bawang ni..huhu..
Berbalik kepada topik, cuba anda bayangkan wanita-wanita di Malaysia ni mempopularkan balik baju kebaya ni..mesti cun abis..Baju kebaya ni sangat praktikal untuk dipakai pada bila-bila masa je..boleh dipakai untuk ke tempat kerja,ketika menghadiri majlis perkahwinan atau apa saja majlis,boleh dijadikan baju kahwin,baju tema untuk anugerah,baju untuk keluar shopping atau baju untuk santai-santai di rumah pun boleh..Nenek-nenek kita zaman dulu bukan main bergaya lagi pakai kebaya kat rumah..siap berdandan bagai..Kita sekarang bila duduk kat rumah je pakai t-shirt dengan kain batik..alahai..apa salahnya bergaya sikit bila dengan family..sejuk mata memandang..hehe..contoh macam kat bawah ni..nampak selesa je..cantik pula tu..anggun dan ayu je nampak..
syalizslovebubbles.blogspot.my
Saya amat kagum dengan inisisatif sesetengah pereka fesyen yang cuba mengaplikasikan rekaan kebaya di dalan sentuhan mereka terutamanya pada pakaian pengantin..Jika dihasilkan dengan ketelitian yang mendalam,pastilah hasilnya sangat mengkagumkan.. Apa yang saya nampak,pengantin-pengantin lebih berminat pada rekaan gaun dan baju kurung moden..apa salahnya sesekali mencuba baju rekaan yang berasaskan baju kebaya pula..Pastinya anda akan menjadi pengantin yang lain dari yang lain..
Comments are closed.