Terdapat pelbagai rekaan dalam dunia fesyen yang menarik dan anggun untuk semua orang memakainya. Tetapi bukan semua rekaan sesuai dengan seseorang yang bergelar muslim. Lebih-lebih lagi pada para muslimah yang sentiasa menjaga cara pemakaian mereka. Namun, ada caranya bagi anda yang muslimah dan berhijab untuk tampak bergaya dengan pelbagai rekaan fesyen terkini yang boleh menutup aurat. Janganlah anda semua risau. Ramai orang yang telah memakai banyak rekaan fesyen walaupun mereka bertudung dan mampu untuk kekal menepati cara pemakaian para muslimah. Anda semua pasti akan kelihatan bergaya dan trendy dengan rekaan fesyen yang selama ini semua orang bertanggapan para muslimah tidak boleh mengayakannya.

 

hipwee.com

 

Sesetengah trend menjadi rumit dengan tudung dan trend baju off-the-shoulder adalah salah satu daripada mereka! Tetapi anda semua tahu kan? ada pepatah mengatakan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pada wanita yang bertudung, anda pasti boleh memakai baju off-the-shoulder kerana saya akan menyediakan panduan gaya untuk membantu anda. Teruskan membaca untuk mencari tahu apa yang boleh dan tidak boleh ketika memakai baju off-the-shoulder untuk anda yang berhijab dan kemudian anda boleh cuba memakainya ketika keluar bergaya dengannya kemana sahaja.

 

Pertimbangkan siluet baju off-the-shoulder anda

Ya, anda boleh memakai baju off-the-shoulder dengan tudung, namun, tidak semua baju itu akan sesuai untuk anda! Apabila anda memilih baju off-the-shoulder untuk memakai dengan tudung, pertimbangkan siluetnya. Siluet dalam dunia fesyen didefinisikan sebagai bentuk luar sebuah pakaian secara umum. Contoh mudahnya adalah, jika kita melihat seseorang memakai suatu baju atau gaun, dari jarak jauh akan terlihat bentuk siluetnya. Adakah siluetnya seperti huruf A, huruf H, atau siluet S dan lain-lain. Ciri-ciri yang mempengaruhi bentuk siluet ialah lebar atau tinggi pakaian, model pakaian dan jenis bahan. Anda menginginkan sesuatu yang mesra lapisan, tidak mempunyai corak yang pelbagai dan tidak terlalu ketat. Sudah pasti anda akan mendapat banyak baju off-the-shoulder yang akan memberikan anda kelihatan cantik dan bergaya dengan tudung anda kerana mereka mesti mempunyai baju tersebut dan banyak terdapat di kedai mahupun di internet.

 

instagram.com

 

Sentiasa lapiskan dengan baju!

Inilah trik gaya untuk para muslimah yang trendy. Sentiasa memakai inner ataupun baju di dalam ketika memakai baju off-the-shoulder. Baju lapisan dalam yang terbaik dengan baju off-the-shoulder adalah baju inner tanpa bercorak, kemeja putih dan kemeja bercorak striped. Gunakan inner tanpa bercorak atau baju warna putih kosong apabila anda memakai baju off-the-shoulder yang bercorak atau berpattern dan pilih inner yang bercorak striped jika baju off-the-shoulder anda kosong tanpa corak. Dengan cara itu anda akan membuat kontras yang menarik dalam pemakaian baju off-the-shoulder muslimah anda. Pastikan baju inner yang anda pilih itu sesuai dengan anda dan jika anda memakai kemeja sebagai innernya anda perlu butangkan sepenuhnya.

 

honna.elwatannews.com

 

Pilih skinny jeans atau pants

Jadi, formula memakai baju-off-the-shoulder untuk para hijabis agak mudah. Lapiskan dengan kemeja atau baju dan pilih sepasang seluar jeans! Mudah kan? Bermain dengan perbandingan antara baju dan corak sememangnya merupakan kunci untuk fesyen hijabis yang seimbang. Anda juga boleh gunakan gabungan antara kemeja striped atau baju off-the-shoulder dengan seluar jeans anda untuk tampil bergaya dengan fesyen muslimah terbaru anda.

 

miignon.com

 

Jangan takut untuk memakai aksesori

Anda berfikir bahawa aksesori akan membebankan pemakaian anda? Tidak sama sekali. Hanya jika anda memilih aksesori yang sesuai yang akan sepadan dengan gaya fesyen muslimah anda. Sebagai contoh, jika pakaian anda plain, maka gunakan rantai panjang yang mempunyai pelbagai jenis bentuk dan hiasan. Jika tidak, anda boleh skip perhiasan dan lengkapkan pemakaian anda dengan sepasang kasut atau beg kecil kegemaran anda. Dan yang terakhir, pilih tudung yang plain untuk mencapai gaya yang lebih mudah namun bergaya apabila anda mengenakan baju off-the-shoulder anda.

 

beautynesia.id

 

Jadi, macam mana? Saya harap artikel kali ini dapat membantu anda semua dalam mengetahui panduan gaya memakai baju off-the-shoulder untuk para muslimah di luar sana. Jumpa anda lagi pada artikel lain yang lebih menarik. Bye readers!