Zaman sekarang ni semua orang pergi kemana mana pun pakai seluar kan? Sudah jarang orang kita keluar memakai kain.  Ada, tapi sedikit.  Bermacam macam jenis seluar sekarang sudah keluar.  Ada yang pendek dan ada juga panjang.  Setiap tahun akan ada jenis fesyen terkini yang cantik dan sesuai digayakan kemana sahaja.

Mari kita lihat jenis seluar yang terkini .

 

Palazo Boot Cut

                                                      

         mulpix.com

 

Palazo boot cut sudah dikenali lagi zaman sekarang. Bukan sahaja para remaja yang menggayakannya, malah para ibu ibu kita juga selesa menggayakannya. Seperti apa yang kita lihat, seluar ini tidak ketat, tidak sesak dan sangat sesuai digayakan kemana sahaja. Tidak kira pergi ke pejabat, pergi keluar santai santai dan juga sesuai pergi ke kelas pada sesiapa pelajar di luar sana. Seluar ni start popular disebabkan wanita golongan kelas atasan diseluruh Europe suka pakai suar Palazzo dan pandai menggayakan. Maka seluar Palazzo menjadi satu trend. Dan sekarang  ni selebriti & model2 pun menjadikan palazzo yang  super stylish pant ni sebahagian dari koleksi pakaian mereka.

Selalunya, seluar palazzo boot cut diperbuat dari kain laici, moss crepe, cotton, chiffon dan juga lycra. Sebab itu sangat selesa digayakan. Boleh la anda semua buat koleksi , pergi cari cepat. Hehe.

 

Seluar  Sulaman Bunga

                                                  

           hmetro.com.my

 

Seluar dengan sulaman bunga pada seluar semakin diminati ramai. Seluar berbunga ini mudah digayakan ke mana mana sahaja. Sesuai digayakan dengan kemeja dan juga blaus bertambah cantik dan anggun. Lagi pula akan nampak lebih feminine dengan gandingan seluar bunga ini.

Seluar bercorak bunga ini memang sudah terkenal di kalangan artis kita di Malaysia kerana gayanya yang stail dan hipster. Apabila anda memakai seluar bunga pasti akan nampakkan diri anda sangat up-to-date dan tidak ketinggalan zaman.

 

Seluar Skinny

                                                                

cheapmarkt.com

 

Seluar jeans skinny semua orang tahu seluarnya seperti mana kan? Seluar skinny ini pada asalnya digayakan pada zaman dahulu kala, tetapi sehingga kini masih popular dan digayakan pada zaman sekarang. Seluar skinny kelihatan trendy dan sangat stail digayakan. Tidak kira dengan baju apa dipadankan,sama ada t-shirt biasa blaus atau kemeja , tetap akan nampak seseorang tersebut begitu moden dan trendy.

Wanita yang bertubuh kurus akan lebih cantik menggayakan seluar jenis ini , kerana ia membuat anda semua akan nampak lebih tinggi dan bergaya.

 

Seluar berkoyak

                                               

cheapmarkt.com

 

Waahh, trending nya kan seluar jeans ‘ripped’ ni kan? Atau senang dikenali seluar koyak di lutut , hehe. . Seluar ini bukan sahaja yang tidak bertudung sahaja boleh menggayakan, tetapi yang bertudung juga boleh menggayakannya. Tetapi dengan syarat mestilah mengenakan dengan seluar lain didalamnya bagi menutupi lutut kita. Ada juga di sesetengah kedai menjualnya sudahpun ditampal dengan kain  berwarna hitam di dalamnya. Para muslimah di luar sana juga boleh nampak begitu fashionista.

 

Seluar palazzo skirt

                                      

 seluarpalazzo.com

 

Para muslimah di generasi Y juga diberikan peluang untuk berfesyen tau. Pallazo Flynn yang direka khas untuk wanita muslimah yang inginkan nampak lebih moden dan elegan.Gandingan kain chiffon ala ala skirt scallop di bahagian hadapan menampakkan kelainan pada gaya seluar tersebut. Seluar besar seperti ini tidak langsung menampakkan selekeh dan tidak keterampilan, malah ianya menutupi aurat dengan sempurna dan tidak langsung kaum wanita menjaga mata mata lelaki di luar sana. Heheh..

Ada sesetengah wanita berkata bahawa seluar ‘palazzo’ tidak begitu feminine kerana saiznya yang lebar tidak akan menonjolkan bentuk kaki. Walaubagaimanapun, dengan memakai seluar ‘palazzo’ anda sebenarnya boleh menyembunyikan kawasan yang anda tidak mahu ditenung orang lain. Untuk si gadis cilik, anda boleh memakai kasut bertumit tinggi untuk menambahkan ketinggian anda.

Ini cuma beberapa sahaja seluar stail sekarang , mungkin anda semua lebih mengetahui seluar zaman sekarang. Semoga bermanfaat pada semua wanita diluar sana yang inginkan fesyen.