Dah tahun baru ini, mesti ramai yang ingin bergaya daripada tahun-tahun lepas kan?  Bagi masyarakat sekarang ini, ramai yang berhabiskan duit untuk berfesyen. Semestinya fesyen itu sangat penting bagi mereka. Fesyen merupakan suatu gaya yang menunjukan keperibadian seseorang yang dapat anda perhatikan melalui gaya berpakaiannya. Masa kini, gaya berpakaian minimalis sedang banyak digunakan oleh para pencinta fesyen. Dimana fesyen minimalis cenderung bermain kombinasi warna monokrom yang lebih unik dengan designnya yang sedang diminati.

 

inayah-blog.squarespace.com

 

Gaya pakaian minimalis bukan bermaksud memakai serba sederhana, malah membuat anda kelihatan simple dan elegan dengan menampilkan keunikan pakaian dan kombinasi warna baru yang baik digunakan sebagai pilihan fesyen. Hal yang paling utama dalam bidang fesyen minimalis adalah menggabungkan warna polos dengan warna yang sesuai dan seirama.

 

infokebaya.com

 

Minimalis bukan hanya pilihan gaya hidup, ia juga boleh menjadi gaya peribadi seseorang dalam cara mereka berpakaian dan aksesori. Siapa kata gaya ringkas tidak boleh menarik perhatian? Kalau bijak mengadun warna dan menambah aksesori, gaya ringkas akan lebih menyerlah berbanding busana yang sarat hiasan. Ciri inilah yang dicari oleh kebanyakan wanita yang mahu tampil dengan gaya sederhana tetapi menarik. Malah ramai yang mahu konsep minimalis untuk gaya harian bagi memudahkan pergerakan dan boleh disesuaikan dengan setiap keadaan.

Terdapat beberapa teknik dan cara gaya minimalis yang selalu digayakan masyarakat sekarang, antaranya:

Pemilihan Warna

Warna pakaian yang selalu digunakan dalam penggayaan minimalis ialah warna neutral seperti hitam, coklat, navy atau khaki. Anda boleh menggunakan warna-warna neutral yang lain mengikut kesukaan masing-masing. Ton warna juga memain peranan dalam pemilihan warna gaya minimalis. Pilih segelintir warna yang anda rasa sesuai dengan diri anda dan melengkapkan asas anda. Warna pastel ialah warna popular bagi peminat gaya minimalis dan ianya juga warna yang sesuai dengan minimalis.

 

pinterest.com

 

Aksesori

Hadkan aksesori kepada satu warna. Ianya bermaksud tidak memerlukan kasut dan beg tangan dalam pelbagai warna. Hanya perlu simple dalam penggayaan dan tak serabut dengan macam-macam warna lain. Contoh aksesorinya seperti kasut dan beg.

Cuaca dan Musim

Kesesuaian pakaian mengikut keadaan cuaca dan musim. Kalau dekat Malaysia ini, selalunya cuaca panas dan lembab sesuai memakai pakaian yang nipis dan bersederhana. Tidak seperti negara lain yang ada empat musim. Mereka mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ketebalan kain pakaian mereka mengikut musim. Macam penggunakan sweater, hoodie dan jaket biasanya dipakai ketika musim hujan dan berada di tempat yang agak dingin.

 

infokebaya.com

 

Mix and Match

Campurkan dan padankan. Anda semua boleh padankan baju, seluar, skirt dan pelbagai jenis pakaian yang anda minat mengikut gaya sendiri. Boleh juga kalau nak ikut stail-stail yang menjadi trend terkini dan moden. Antara satu contoh yang boleh digayakan seperti gambar dibawah.

 

pinterest.ie

 

Dress up and dress down

Pemakaian minimalis boleh dikatakan seperti gabungan kasual dan formal. Boleh dipakai untuk formal dan kasual mengikut kesesuaian pilihan stail dan pakaian itu sendiri. Dengan penambahan sedikit aksesori seperti jam tangan, gelang, rantai, cincin dan pelbagi lagi untuk digayakan.

 

Pilih gaya klasik

Elakkan apa-apa yang terlalu bergaya atau yang  terlampau menarik perhatian orang ramai kepada pakaian anda. Pakai pakaian yang mengikut peralihan gaya klasik, ianya gaya yang simple dan selesa tapi anggun dan sesuai dengan gaya diri masing-masing. Stripes adalah corak cetakan pilihan dan ianya sesuai dalam warna-warna neutral.

 

pinterest.com

 

Sesuaian Saiz Badan

Apabila berkaitan dengan saiz, anda perlulah peka dalam memilih saiz yang betul-betul sesuai dengan saiz badan anda. Kalau pakaian yang anda inginkan tak ada lagi saiz yang sesuai, tak usah paksa diri untuk memakainya juga. Ianya akan kelihatan selekeh dan anda akan tidak selesa.

Jadi, Inilah beberapa teknik dan cara gaya trend minimalis 2018 untuk para wanita. Setiap tahun trend gaya baju akan selalu berubah. Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan anda. Terima kasih.